UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Ketagihan terhadap pornografi di kalangan remaja kini berkait rapat dengan kemajuan serta perubahan dalam gaya hidup masyarakat. Fenomena ini disebabkan oleh kemajuan teknologi yang memudahkan akses kepada bahan pornografi, terutamanya dalam bentuk digital, dengan cara yang cepat dan tanpa halangan. Selain itu, peningkatan dalam pendidikan dan pendedahan terhadap teknologi telah menyebabkan remaja lebih bebas menggunakan Internet, sehingga ada yang secara sengaja mengakses kandungan pornografi tanpa rasa tanggungjawab. Oleh itu, kajian kuantitatif ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan dan sikap pelajar tingkatan empat terhadap video pornografi di Internet, berdasarkan data yang dikumpulkan daripada 169 pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Nilai, Negeri Sembilan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan sikap pelajar berada pada tahap yang tinggi, dengan purata skor masing-masing adalah 3.24 dan 3.45. Analisis ujian-t menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai sikap moral yang lebih baik berbanding pelajar lelaki (nilai t = -6.55, P = 0.00, P0.05).Kesan pornografi tidak terhad kepada aspek fizikal atau tingkah laku individu; ia juga memberi impak yang mendalam terhadap perkembangan sahsiah remaja, khususnya dari segi aspek rohani mereka. Oleh itu, adalah penting bagi semua pihak untuk bekerjasama dalam menangani isu ketagihan pornografi dalam kalangan remaja agar mereka tidak terus terjebak dalam dunia digital tanpa batasan ini.
Kata kunci: Ketagihan Pornografi, Remaja, Kemajuan Teknologi, Pengetahuan dan Sikap, Perkembangan Sahsiah |
References |
Amirul Ashraaf Norman, & Nooraini Othman. (2020). Ketagihan Pornografi Dalam Kalangan Remaja: Pornography Addiction Among Adolescents: Factors and Implications on Adolescent Personality. Jurnal Melayu, 19(2), 205–215. Azzam Samsuddin. (2020, May 19). Trafik Pornhub di Malaysia meningkat sehingga 84% sepanjang wabak COVID-19, ke-4 tertinggi di dunia. TechNaveBM. Bothamley, S., & Tully, R. J. (2018). Understanding revenge pornography: public perceptions of revenge pornography and victim blaming. Journal of Aggression, Conflict and Peace Research, 10(1), 1–10. https://doi.org/10.1108/JACPR-09-2016-0253 Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2018). Research Methods in Education (8th ed., Vol. 59). Routledge. Dodge, A. (2021). “Try Not to be Embarrassed”: A Sex Positive Analysis of Nonconsensual Pornography Case Law. Feminist Legal Studies, 29(1), 23–41. https://doi.org/10.1007/s10691-021-09452-8 Etikan, I. (2016). Comparison of Convenience Sampling and Purposive Sampling. American Journal of Theoretical and Applied Statistics, 5(1), 1. https://doi.org/10.11648/j.ajtas.20160501.11 Fatin Farhanah Ammer, Sakinah Salleh. (2023). Impak Media Sosial terhadap Isu Seks Bebas dalam Kalangan Remaja. Jurnal Peradaban Melayu, 2(18), 1–9. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol18.2.1.2023 Hadi, N. Y., & Hermanto, Y. P. (2024). Mencegah Diperhamba Pornografi di Era Sosial Media. Journal of Syntax Literate, 9(10), 5626. https://doi.org/10.36418/syntax-literate.v9i10.50101 Hayyu Mashvufah. (2020). Konsep Gender Dalam Perspektif Pendidikan Islam. Universitas Islam Negeri. Johari Hassan, & Raja Shahrina Raja Abdul Rashid. (2012). Ketagihan penggunaan internet di kalangan remaja sekolah tingkatan 4 di bandaraya Johor Bahru. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 6(June), 23–43. http://eprints.utm.my/26348/1/JTVEE-06-2012-003.pdf Julhamdani, F., Trianti, E., Nugraha, H., Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, U., Nasution No, J. A., Wetan, C., Cibiru, K., Bandung, K., & Barat, J. (2024). Peran Teknologi dan Media Sosial dalam Membentuk Dinamika Kesehatan Mental Berdasarkan Perspektif Islam. Journal on Education, 6(02), 11448–11463. Justicia, R., Mirawati, Soeparman, W. N., Asih, N. S. S., & Sari, E. P. (2021). Analysis of the Need for the Underwearules Program as a Sexual Education Service in the Prevention of Early Childhood Sexual Violence. Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 542, 43–46. https://doi.org/10.2991/assehr.k.210413.011 Keisya Nabila Syaqih, & Aqilla Darwisya Qaisara, M. L. (2024). Character.Ai: Analisis Penyalahgunaan Chatbot Artificial Intelligence Untuk Kepuasan Seksual Pada Remaja Perempuan Daerah Jakarta. Adaptasi : Jurnal Sosial Humaniora Dan Keagamaan, 1(2), 67–87. Maznah Othman, Norulhuda Sarnon, & Ezarina Zakaria. (2019). Meneroka Kefungsian Keluarga Remaja Perempuan Tidak Terkawal Yang Dirujuk Ibu Bapa Untuk Intervensi Kerja Sosial. Journal o Social Sciences and Humanities, 16(9), 86–101. Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid, & Kartini Abd Wahab. (2017). Melahirkan warga yang berketerampilan bahasa: Kajian hubungan antara pengetahuan dengan amalan komunikatif dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(9), 32–45. Monika@Munirah Abd Razzaka, Hafizah Mohd Nor, & Nik Mohd Zaim Ab. Rahim. (2023). Panduan Al-Quran dan Hadith terhadap Generasi Z bagi Mengatasi Isu dan Cabaran Media Sosial. Online Journal of Research in Islamic Studies, 10(2), 203–226. https://doi.org/10.22452/ris.vol10no2.11 Mutaqin, Z. Z., & Ediyono, S. (2024). Pengaruh Media Sosial Terhadap Perilaku Seks Bebas Remaja: Literature Review. Journal of Midwifery Science and Women’s Health, 5(1), 32–39. https://doi.org/10.36082/jmswh.v5i1.1972 Nor Azrina @ Nor Azura Ab. Rahman, Tengku Maaidah Tengku A. Razak, Nik Nurul Akmal Ab. Alim, Nur Kamilah Kamaruddin, Najahudin Lateh, & Nurhidayah Hashim. (2021). Pornografi Dalam Kalangan Remaja Generasi Z Menurut Perspektif Islam. Research in Islamic Studies, 8(2), 67–78. Norulhuda Sarnon@Kusenin, Nur Hamizah Mohd Sharif, Daniella Maryam Mohd Mokhtar, Siti Marziah Zakaria, & Ezarina Zakaria. (2020). "Tahu Salah Tapi Mahu”: Cabaran Remaja Perempuan Berhenti Menonton Pornografi. Jurnal Psikologi Malaysia 34, 34(2), 227–239. Nur Hanis Mokhsin, Muhammad Akmalludin Mohd Hamdan, Nur Syahirah Kamin, & Siti Fatimah Ibrahim. (2024). Implikasi pornografi terhadap remaja: perspektif agama. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali Ke-9 (PASAK9 2024), 9, 17–18. Rosdiah Ahmad Hamzah, Kamarul Mohsin, & Mohd. Faizul Abdullah. (2021). Kajian Terhadap Cabaran Implementasi Elemen IR4.0 Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Politeknik Malaysia. ANP Journal of Social Sciences and Humanities, 2(1), 17–25. https://doi.org/https://doi.org/10.53797/anpjssh.v2i1.3.2021 Rozita Wahab, & Mariani Mansor. (2024). Penggunaan Teknologi Digital dan Perkembangan Sosio-Emosi dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah di Semenanjung Malaysia. Akademika, 94(2), 376–397. https://doi.org/10.17576/akad-2024-9402-22 Salsabila, S., & Okta Sari, R. (2023). Dampak Adiksi Pornografi Terhadap Kehidupan Sosial Remaja. JUDIKA : Jurnal Pendidikan Dan Bahasa, 1(4), 149–154. https://doi.org/10.59696/judika.v1i4.27 Silvia Mona. (2019). Hubungan Pengetahuan Dan Sikap Remaja Tentang Kesehatan Reproduksi Dengan Perilaku Seksual Pranikah Siswa. Jurnal Penelitian Kesmasy, 1(2), 58–65. https://doi.org/https://doi.org/10.36656/jpksy.v1i2.167 Siti Munirah Binti Abd Kahar, Surat, S., & Rahman, S. (2023). Kemurungan dan Penggunaan Internet dalam kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Kawasan Luar Bandar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002290. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2290 Suliah Mohd Aris, Hanifah Musa Fathullah Harun, Nur Hafizah Harun, Fadhilah Adibah Ismail, & Noorul Huda Sahari. (2023). Implementation of Islamic Philanthropic Culture Among Children Through Animated Stories: A Study on Upin and Ipin Animation. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 30(2). http://www.al-qanatir.com/aq/article/view/658%0Ahttps://www.al-qanatir.com/aq/article/download/658/402 Syahirah Rosli, Mohd Isa Hamzah, Ab. Halim Tamuri, & Mohd Edyazuan Azni. (2022). Peranan Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Solat Anak-Anak Menurut Al-Quran Dan Hadis. Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-12, 1, 548–558. Syahirah Rosli, Mohd Isa Hamzah, & Mohd Edyazuan Azni. (2022). Revolusi Digital: Pengaruh Terhadap Dinamik Masyarakat Serta Kaedah Mengatasinya Dari Perspektif Islam. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, 2(1), 40–53. Syahirah Rosli, Siti Fairuz Mahmud, & Mohd Edyazuan Azni. (2022). Mengintegrasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Membangunkan Modal Insan Bersepadu. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 86–103. https://doi.org/https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.1.7 Syazwana Aziz, Noraini Abdol Raop, & Muhammad Fadzil Ahmad Shukor. (2021). Pengaruh Faktor Teknologi Maklumat Dan the Influence of Information Communication and Technology Factors on the Quality of Life Among. Jurnal ‘Ulwan, 6(1), 110–126. Tan Lem Beng. (2021). Hubungan Antara Ketagihan Internet Dengan Kegelisahan Dan Kemurungan. Universiti Teknologi Malaysia. Wahyu Ningsih. (2016). Pengetahuan dan Sikap terhadap video Pornografi di Internet dalam kalangan Remaja. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zuliana, E., Widya, U., & Semarang, H. (2019). Indonesian Journal of Global Health Research. Indonesian Journal of Global Health Research, 2(4), 91–100. https://doi.org/10.37287/ijghr.v2i4.250 Zulkiple Abd. Ghani. (2020). Cabaran Dakwah Islam di Era Siber. Jurnal Usuluddin, 15(1), 133–142. https://ojie.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4043 |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |