UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis kepengarangan Mana Sikana dalam kumpulan cerpen Cinta Junjungan

AVAILABLE Article 319 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information
Title
Analisis kepengarangan Mana Sikana dalam kumpulan cerpen Cinta Junjungan
Type
Article
Main Author
Khatijah Mohd Rahim
Additional Authors
  • Norazimah Zakaria
Subject
P Language and Literature
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2024
Degree Type
Not related
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini difokuskan pada analisis kepengarangan Mana Sikana dalam kumpulan cerpen “Cinta Junjungan”. Objektifnya adalah untuk meneliti kehadiran subjek dan persoalan dalam karya tersebut serta menghuraikan perlanggaran yang mungkin terdapat dalam cerpen-cerpen tersebut. Teori Teksdealisme telah diaplikasikan, iaitu prinsip kehadiran dan pelanggaran telah diberikan tumpuan. Reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Mana Sikana menggunakan pelbagai sumber untuk menghasilkan cerpen-cerpen berikut, termasuk pengalaman peribadi, penyelidikan, pembacaan, persekitaran, penglihatan, pendengaran dan latar belakang pekerjaan. Subjek-subjek yang diutarakan dalam cerpen-cerpen tersebut termasuklah isu keagamaan, patriotisme, sejarah dan politik. Ini menunjukkan bahawa pengarang berusaha untuk menyampaikan pelbagai isu yang relevan dan penting dalam masyarakat. Selain itu, kajian juga mengenal pasti adanya perlanggaran dalam cerpen-cerpen tersebut dari segi subjek dan persoalan. Ini menunjukkan bahawa pengarang tidak hanya mematuhi norma-norma sastera yang konvensional, tetapi juga mencabar batasan-batasan tersebut untuk membawa pengalaman baru kepada pembaca. Implikasi kajian ini sangat relevan dalam memahami kepengarangann Mana Sikana dalam aspek kehadiran dan perlanggaran. Hal ini juga mendorong khalayak untuk membuat pemilihan karya-karya yang berkualiti tinggi dan memotivasikan pengarang supaya terus meraih tahap keunggulan dalam penghasilan karya-karya. Kata kunci: Kepengarangan; kehadiran; perlanggaran; keagamaan; patriotisme; sejarah

References

Abdul Halim Ali. (2011). Proses Kreativiti A. Samad Said berasaskan teori teksdealisme. Jurnal Melayu, (6), 153-168.

Ahmad Zaidi Baharuddin & Ani Omar. (2018). Pemikiran Mana Sikana dalam drama. EDUCATUM – Journal of Social Science (EJOSS), Vol 4, (32-39).

Ani Hj Omar. (2011). Apresiasi teori kesusasteraan Melayu. Tanjong Malim, Perak.

Ghazali Din. (2016). Kepengarangan Muhammad Haji Salleh berasaskan model proses kreatif teksnaluri. Tesis ijazah doktor falsafah. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim.

Khatijah Rahim & Norazimah Zakaria. (2024). Prinsip kehadiran dalam cerpen-cerpen beraliran realisme Mana Sikana. International Journal of Modern Education (IJMOE), Vol 6 (23), 155-167.

Mana Sikana. (1996). Teori Teksdealisme. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mana Sikana. (1995). Bekor. Kuala Lumpur: Nusa Centre.

Mana Sikana. (2012). Teori sastera kontemporari. Bangi: Pustaka Karya.

Mana Sikana. (2013). Berdiri di akar diri: Kritikan sastera Melayu moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (2021). Cinta junjungan. Kuala Lumpur: Nusa Centre.

Mana Sikana. (2021). Simulasi Tuan Basurd. Kuala Lumpur: Nusa Centre.

Mana Sikana. (2023). Kumpulan cerpen cinta junjungan. Kuala Lumpur: Nusa Centre.

Manonmani Devi Annamalai & Latha Murugusu. (2022). Kepengarangan Mu. Anbuchelvan dari perspektif teori Teksdealisme. Journal of Education and Social Science, Vol. 22, (1), (56-66).

Mohamad Rosmizi Mahamad, Ghazali Din & Phaosan Jehwae. (2020). Keunggulan kepengarangan novel-novel terpilih Anwar Ridhwan. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, Vol. 11, (1), (68-87).

Osman Ayob, Roslan Chin & Tuan Rusmawati Raja Hassan. (2020). Analisis dakwah dalam cerpen-cerpen terpilih Rejab F.I. . Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, Vol. 8 (2), (49-59).

Rosanita Hussin. (2018). Psikologi kanak-kanak dalam cerpen-cerpen terpilih Zaharah Nawawi. Tesis ijazah sarjana. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.