UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Makalah ini membincangkan latar belakang seorang pengkaji bahasa Melayu dalam kalangan sarjana dari Barat iaitu William Marsden (1754 -1836 M) yang dikumpul menerusi kajian kepustakaan. Di samping itu, makalah ini turut membahas tentang penglibatan beliau yang paling ketara dalam memperkembangkan bahasa Melayu. Bagi tujuan yang pertama, penelitian telah dilakukan dengan memetik secara langsung maklumat dari sumber-sumber kepustakaan manakala bagi tujuan kedua pula, penelitian telah dibuat terhadap kamus susunan beliau iaitu A Dictionary of the Malayan Language (1812). Hasil penelitian telah menemukan beberapa maklumat mengenai latar belakang sarjana ini yang boleh dikaitkan dengan dorongan kepada penglibatan beliau dalam perkembangan bahasa Melayu. Di samping itu, penelitian terhadap kamus tersebut jelas memperlihatkan penglibatan langsung beliau khususnya dalam usaha menggunakan bahasa Melayu secara tidak formal dan mempromosi bahasa Melayu kepada orang-orang Barat. Maklumat daripada penelitian ini dapat dijadikan panduan berhubung strategi memperkembangkan bahasa dan keperluan menghasilkan rujukan sokongan yang sistematik untuk pembelajaran bahasa Melayu khususnya dalam kalangan penutur bukan natif.
Kata kunci: William Marsden; bahasa Melayu, tulisan Jawi, kamus Melayu-Inggeris |
References |
Ani Omar. (2012). Tulisan Jawi: Pemikiran penyair dalam puisi Melayu Moden dari perspektif teori SPB4K. Jurnal Peradaban Melayu, 7, 125-144. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3198. Caroll, D. J. (2011). William Marsden and patterns of British scholarship in the Malay Peninsula, Indonesia and the Malay World, 39(114), 269-294, doi: 10.1080/13639811.2011.575623. Caroll, D. J. (2019). William Marsden, The scholar behind The History of Sumatera. Indonesia and the Malay World, 47(137), 66-89. doi:10.1080/13639811.2019.1538689. King’s College London. (2001). Marsden, William (1754-1836). Diperoleh daripada https://kingscollections.org/_assets/components/archiospdfbuilder/?docid=816. Kratz, E. U. (2006). Like a fish gasping for water: The letters of a temporary spouse from Bengkulu. Indonesia and the Malay World, 34(100), 247-280. doi: 10.1080/13639810601130119. Mardian Shah Omar, Azman Rahmat & Yusfarina Mohd Yussof. (2017). Menyulam budaya dalam pengajaran bahasa Melayu untuk penutur asing. Jurnal Linguistik, 21 (2), 81-92. Diperoleh daripada https://plm.org.my/ejurnal/index.php/jurnallinguistik/article/view/26. Marsden, W. (1812). A Dictionary of the Malayan Language. Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?id=a91GAAAAcAAJ&printsec=frontcover&dq=william+marsden&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false. Marsden, W. (1838). Brief memoir of the life and writings of the late William Marsden. Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?id=G4NPAAAAcAAJ&printsec=frontcover#v=one page&q&f=false. Mohd Rashid Md Idris, Seri Lanang Jaya Rohani, Siti Khairiah Mohd Zubir, Mohd Rain Shaari & Abdullah Yusof. (2012). Dialektologi Melayu. Jurnal Peradaban Melayu, 7, 1-23. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3190. Mohd Suhaizi Suhaimi & Nazri Mustapha Dawan. (2018). Pengkaedahan susun atur dalam kamus dwibahasa. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 20(1), 27-37. Diperoleh daripada https://jpmm.um.edu.my/index.php/JPMM/article/view/11994. Müller, M. (2014). Manufacturing Malayness. Indonesia and the Malay World, 42(123), 170-196. doi: 10.1080/13639811.2014.912409. National Library of Singapore. (2016, April). The Bastin collection on Raffles. BIBLIOASIA. Diperoleh daripada https://biblioasia.nlb.gov.sg/past- issues/pdf/vol-12/v12-issue1_Bastin.pdf. Nazilah Mohamad, Karim Harun & Nor Hasimah Ismail. (2017). Jurnal Pertanika MAHAWANGSA, 4 (1), 49 - 62. Diperoleh daripada https://journalfbmk.upm.edu.my/ojs3/index.php/mahawangsa/issue/view/21/18. Nazilah Mohamad & Nor Hasimah Ismail. (2017). Malay science: A study on the 17th century dictionary. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(6), 1061-1071. doi: 10.6007/IJARBSS/v7-i6/3066. Siti Khariah Mohd Zubir. (2013). Implikasi merantau terhadap perkembangan sosiobudaya orang Melayu dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 31-44. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3229. Sweeney, A. (2005). Karya lengkap Abdullah Abdul Kadir Munsyi: Hikayat Abdullah. Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?id=kjbaJrnVpDAC&pg=PA124&lpg=PA124&dq=hikayat+abdullah+marsden&source=bl&ots=hcz_Qj_HZC&sig=ACfU3U2-HaRQbNF5xPxBmu UKpR6l7DjjkA&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjfqezilcfxAhVRyzgGHQf5BrgQ6AEwEnoECCEQAw #v=onepage&q&f=false. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |