Pembinaan dan Kesan Penggunaan modul eksplorasi minda berasaskan pembelajaran penemuan
Type
Thesis
Main Author
Nur Jihan Daud
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2013
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Objektif utama kajian ini dilaksanakan ialah membina Modul Eksplorasi Minda (EM) yang berteraskan
pembelajaran penemuan dan mengkaji kesan penggunaannya. Sepanjang proses membina dan membaikpulih
modul, borang pengesahan telah diserahkan kepada tiga responden yang terdiri daripada guru dan
pensyarah untuk disahkan format dan isi kandungan modul. Bagi menguji kesan penggunaan Modul EM
ini, dua kumpulan kajian yang terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan empat daripada aliran
sains tulen telah terpilih untuk menjalani dua jenis ujian pencapaian iaitu ujian pencapaian pra
dan pasca dan ujian pencapaian terbuka. Hasil daripada analisis ujian-t, kajian mendapati terdapat
kesan yang signifikan terhadap ujian pencapaian pra dan pasca bagi pelajar yang menggunakan Modul
EM (p < .05). Manakala, tidak terdapat kesan yang signifikan terhadap ujian pencapaian terbuka bagi
kedua-dua kumpulan kajian (p > .05) melalui ujian-t. Kaji selidik telah dilakukan terhadap pelajar
yang menggunakan Modul EM mendapati mereka mempunyai persepsi yang positif bagi kesemua aktiviti
yang telah disediakan di dalam modul tersebut.
Ujian korelasi Pearson telah mendapati hubungan korelasi yang kuat telah dicatatkan
antara ujian pencapaian pasca dengan persepsi pelajar (p < .01, r = .71). Manakala hubungan yang
lemah antara ujian pencapaian pasca dengan ujian pencapaian terbuka telah dikesan (p < .01, r =
.49) dan tiada hubungan yang wajar antara ujian pencapaian terbuka dengan persepsi pelajar (p >
.01, r = .42). Berdasarkan kajian kuasi eksperimen ini, kajian menyimpulkan bahawa perlaksanaan
pembelajaran penemuan dengan menggunakan Modul EM memberikan kesan yang positif kepada pelajar.
Implikasi daripada kajian ini disarankan agar pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia menggalakkan penggunaan pembelajaran penemuan melalui penghasilan
lebih banyak modul yang berteraskan strategi pembelajaran ini.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.