UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan dan Kesan Penggunaan modul eksplorasi minda berasaskan pembelajaran penemuan

AVAILABLE Thesis 374 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pembinaan dan Kesan Penggunaan modul eksplorasi minda berasaskan pembelajaran penemuan
Type
Thesis
Main Author
Nur Jihan Daud
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2013
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Objektif utama kajian ini dilaksanakan ialah membina Modul Eksplorasi Minda (EM) yang berteraskan   pembelajaran  penemuan dan mengkaji kesan penggunaannya. Sepanjang proses membina dan membaikpulih  modul, borang pengesahan telah diserahkan kepada tiga responden yang terdiri daripada guru dan  pensyarah untuk disahkan format dan isi kandungan modul. Bagi menguji kesan penggunaan Modul EM  ini, dua kumpulan kajian yang terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan empat daripada aliran  sains tulen telah terpilih untuk menjalani dua jenis ujian pencapaian iaitu ujian pencapaian pra  dan pasca dan ujian pencapaian terbuka. Hasil daripada analisis ujian-t, kajian mendapati terdapat  kesan yang signifikan terhadap ujian pencapaian pra dan pasca bagi pelajar yang menggunakan Modul  EM (p < .05). Manakala, tidak terdapat kesan yang signifikan terhadap ujian pencapaian terbuka bagi  kedua-dua kumpulan kajian (p > .05) melalui ujian-t. Kaji selidik telah dilakukan terhadap pelajar  yang menggunakan Modul EM mendapati mereka mempunyai persepsi yang positif bagi kesemua aktiviti  yang telah disediakan di dalam modul tersebut.  Ujian korelasi Pearson telah mendapati hubungan korelasi yang kuat telah dicatatkan  antara ujian pencapaian pasca dengan persepsi pelajar (p < .01, r = .71). Manakala hubungan yang  lemah antara ujian pencapaian pasca dengan ujian pencapaian terbuka telah dikesan (p < .01, r =  .49) dan tiada hubungan yang wajar antara ujian pencapaian terbuka dengan persepsi pelajar (p >  .01, r = .42). Berdasarkan kajian kuasi eksperimen ini, kajian menyimpulkan bahawa perlaksanaan  pembelajaran penemuan dengan menggunakan Modul EM memberikan kesan yang positif kepada pelajar.  Implikasi daripada kajian ini disarankan agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan penggunaan pembelajaran penemuan melalui penghasilan lebih banyak modul yang berteraskan strategi pembelajaran ini.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.