UPSI Digital Repository (UDRep)

Persepsi pelajar tahun dua, Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran asas lukisan melalui pembelajaran bantuan komputer

AVAILABLE Thesis 392 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Persepsi pelajar tahun dua, Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran asas lukisan melalui pembelajaran bantuan komputer
Type
Thesis
Main Author
Adnan Abd Aziz
Subject
N Fine Arts
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2004
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji perubahan persepsi prapos pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran subjek Lakaran Asas secara konvensional dan setelah diintegrasikan dengan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam kalangan pelajar Tahun Dua di Fakulti Seni dan Muzik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimen rawak pra-pasca ujian satu kumpulan yang melibatkan 35 sampel. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik dan soalan kuiz. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11 dan Excel. Penyelidik menggunakan kaedah statistik inferens (ANOVA dan ujian-t) dan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan dan min).Dapatan kajian menunjukkan pencapaian akademik pelajar adalah lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan prestasi mereka sebelum menjalani sesi rawatan. Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara PBK dan pembelajaran konvensional serta antara pencapaian pelajar dengan faktor umur. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang tidak signifikan antara faktor jantina, bangsa dan pemilikan komputer dengan pencapaian pelajar.Secara keseluruhan, majoriti pelajar mempunyai keyakinan bahawa integrasi PBK dan subjek Lakaran Asas akan dapat mempertingkatkan lagi prestasi mereka. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan PBK wajar digunakan sebagai salah satu strategi pembelajaran dan pengajaran subjek Lakaran Asas dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.