UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Mohd Rodzi Selamat
Title :Analisis kesilapan dan kesantunan surat kiriman rasmi tulisan pelajar tingkatan 4
Hits :48
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2005
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan mengkaji kesilapan dan kesantunan bahasa surat kiriman rasmi tulisan pelajar.Responden kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah KebangsaanGedangsa, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Sebanyak 30 responden Melayu yang terdiridaripada 15 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan dipilih secara rawak. Alat kajian berupa suratkiriman rasmi tulisan pelajar dan pemerhatian. Aspek yang dikaji meliputi dua komponen utama iaitukesilapan dan kesantunan bahasa dalam surat kiriman pelajar jenis surat aduan. Dapatan kajiandianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan. Hasil kajian menunjukkan kecenderungankesilapan yang tinggi dilakukan oleh pelajar dalam aspek mekanis iaitu 58.7% berbanding kesilapankosa kata iaitu 2.6% dalam surat kiriman yang ditulis. Aspek mekanis dalam kajian ini meliputiejaan, huruf besar, tanda baca, singkatan dan akronim. Pelajar dikenal pasti kerap melakukankesilapan ejaan dalam tulisannya. Kajian turut membuktikan pelajar lelaki lebih kerap melakukankesilapan bahasa dibandingkan dengan pelajar perempuan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelakimelakukan kekerapan kesilapan sehingga 51.3% berbanding pelajar perempuan iaitu 48.7%. Dalam aspekkesantunan, kajian menunjukkan pelajar menggunakan kata panggilan dan kata sapaan yang tidak santun.Pelajar dikesan menggunakan laras bahasa basahan kesan pengaruh dialek mereka. Kajian ini terdiridaripada lima bab iaitu, Bab 1: Pendahuluan, Bab 2: Tinjauan Literatur, Bab 3: Metodologi Kajian,Bab 4: Dapatan Kajian dan Perbincangan dan Bab 5: Kesimpulan dan Cadangan. Diharapkankajian dimanfaatkan oleh guru, pelajar, ibu bapa dan pemikir kurikulum supaya mewujudkan suasanadan persekitaran yang mampu menangani masalahkesilapan dan ketidaksantunan bahasa dalam pelbagai jenis penulisan
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.