|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini merupakan satu kajian pemerolehan bahasa pertama bagi kanak-kanak prasekolah khususnya daripada aspek sintaksis di sekolah Tadika Kemas di Sabak Bernam, Selangor.Kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Objektif pertama ialah untuk melihat pemerolehan sintaksis di kalangan kanak-kanak prasekolah dari segi kebolehan menghasilkan jenis ayat bahasa Melayu iaitu Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Seruan dan Ayat Perintah. Objektif kedua, untuk melihat binaan ayat yang digunakan oleh kanak-kanak prasekolah, dan objektif ketiga, untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan sintaksis di kalangan kanak-kanak prasekolah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan dan kepustakaan.Daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa kanak-kanak prasekolah telah berjaya menghasilkan jenis-jenis ayat bahasa Melayu melalui aktiviti mingguan suai kenal, aktiviti melukis, dan aktiviti perbualan menggunakan Kit Misteri. Ayat penyata adalah jenis ayat yang paling kerap dihasilkan iaitu sebanyak 55.5%, diikuti ayat tanya 24.3%, ayat perintah 13.3% dan ayat seruan 6.8%. Kemampuan kanak-kanak prasekolah membina ayat dasar dan ayat majmuk juga menunjukkan bahawa mereka sebenarnya berkebolehan dalam pemerolehan bahasa, khususnya dalam konteks pembinaan ayat. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kadar pemerolehan sintaksis kanak-kanak prasekolah di Tadika Kemas, Sabak Bernam adalah sederhana disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |