Pemerolehan bahasa pertama dari aspek sintaksis di kalangan kanak kanak prasekolah
Type
Thesis
Main Author
Ahmmad Salehuddin Saman
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2004
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian pemerolehan bahasa pertama bagi kanak-kanak prasekolah khususnya daripada aspek sintaksis di sekolah Tadika Kemas di Sabak Bernam, Selangor.Kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Objektif pertama ialah untuk melihat pemerolehan sintaksis di kalangan kanak-kanak prasekolah dari segi kebolehan menghasilkan jenis ayat bahasa Melayu iaitu Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Seruan dan Ayat Perintah. Objektif kedua, untuk melihat binaan ayat yang digunakan oleh kanak-kanak prasekolah, dan objektif ketiga, untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan sintaksis di kalangan kanak-kanak prasekolah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan dan kepustakaan.Daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa kanak-kanak prasekolah telah berjaya menghasilkan jenis-jenis ayat bahasa Melayu melalui aktiviti mingguan suai kenal, aktiviti melukis, dan aktiviti perbualan menggunakan Kit Misteri. Ayat penyata adalah jenis ayat yang paling kerap dihasilkan iaitu sebanyak 55.5%, diikuti ayat tanya 24.3%, ayat perintah 13.3% dan ayat seruan 6.8%. Kemampuan kanak-kanak prasekolah membina ayat dasar dan ayat majmuk juga menunjukkan bahawa mereka sebenarnya berkebolehan dalam pemerolehan bahasa, khususnya dalam konteks pembinaan ayat. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kadar pemerolehan sintaksis kanak-kanak prasekolah di Tadika Kemas, Sabak Bernam adalah sederhana disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.