|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Seni tembikar yang dihasilkan di Pulau Tiga mempunyai rekaan yang menarik dari segi bentuk, strukturdan corak permukaannya. Bentuk rekaan tembikar Pulau Tiga dibuat dengan cermat, halus dan unik.Penguasaan kemahiran pengusaha yang tersendiri dan pendedahan seni yang sedia ada menjadikantembikar ini lebih bermutu tinggi. Nilai mutu yang tinggi ini sedikit sebanyak dapat mencerminkanketekunan dan kesabaran pengusaha seni tembikar Melayu. Pengkajian ini memperlihatkan sejauh manapandangan dan penilaian masyarakat terhadap segala bentuk kerja seni dalam bidang seni tembikar.Pengkaji cuba mengupas perkembangan yang berlaku di kawasan ini untuk mendapatkan maklumat yangdapat dimanfaatkan bersama, khususnya dari segi pembuatan tembikar, sejarah, sosialisasi danpasarannya, selain menghurai, menganalisis dan mentafsir kerja-kerja seni tembikar dikawasan Kampung Tanjung Bidara, Pulau Tiga, Bota Perak. Pengkajian ini difokuskan kepadaaplikasi, teknik dan elemen senireka dalampengkaryaan tembikar Melayu |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |