Komponen sastera: satu kajian kes kefahaman membaca prosa tradisional di kalangan pelajar tingkatan satu di daerah Raub Pahang
Type
Thesis
Main Author
Abdul Majid Min
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2004
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian yang menggunakan kaedah kajian kes terhadap kefahaman membacaprosa tradisional pelajar Tingkatan Satu di daerah Raub, Pahang. Sebanyak 200 orang pelajardigunakan sebagai sampel kajian yang berbeza dari segi jantina, bangsa, tempat tinggal, kemudahanmembaca, pencapaian Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pendapatan ibubapa. Kajian dijalankan untuk melihat kefahaman membaca prosa tradisional pelajar. Dua alatdigunakan untuk melihat kefahaman membaca, iaitu borang soal selidik dan empat teks bacaan bahanprosa tradisional telah disediakan, iaitu cerita Lebai Malang, Tujuh Puteri Turun ke Dunia, SusurGalur Asal Usul Negeri Melaka dan Kisah Keberanian Lima Bersaudara yang dipetik daripada bukuantologi Sehijau Warna Daun teks Komponen Wajib Sastera Tingkatan Satu. Setiap teks disertakansepuluh soalan pemahaman yang merangkumi cerita / idea / isi, gaya bahasa dan teknik. Soalandisusun mengikut peringkat Taksonomi Santoz (1976). Pelajar dikehendaki menjawab soalan objektifaneka pilihan yang disediakan. Data-data diproses menggunakan perisian analisis StatisticalPackages for the Social Sciences versi 11.0. Berdasarkan hubungan pembolehubah dengankefahaman membaca prosa tradisional, didapati faktor jantina, tempat tinggal dan kemudahan membacatidak menunjukkan sebarang perbezaan kefahaman membaca prosa tradisional. Namun begitu, bagipembolehubah bangsa, pencapaian UPSR dan pendapatan ibu bapa menunjukkan perbezaan kefahamanmembaca. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan kefahaman membaca prosa tradisional pelajarberbeza-beza. Pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini menghasilkan dapatankajian yang pelbagai.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.