UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB1603 Secondary Education. High schools
Main Author :Badaruddin Yeop
Title :Profil guru kokurikulum sekolah menengah
Hits :12
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2007
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membina protil guru kokurikulum di Malaysia. Profil tersebut dibina dengan meninjau profil guru kokurikulum yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, profil guru kokurikulum yang dikehendaki oleh pihak sekolah, pandangan pihak maktab perguruan dan universiti yang menyediakan guru kokurikulum untuk sekolah menengah serta pemerhatian terhadap amalan kokurikulum di beberapa sekolah menengah. Protll guru kokurikulum adalah berfaedah dan boleh dijadikan garis panduan untuk melatih bakal-bakal guru dalam bidang kokurikulum agar pelaksanaannya lebih berkesan, sistematik dan memenuhi aspirasi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Data kajian diperoleh dengan mengunakan kaedah analisis dokumen, temubual dan pemerhatian. Data tersebut di triangulasi untuk mengenalpasti ciri-ciri yang dijadikan sebagai asas kepada pembinaan profil guru kokurikulum. Kajian ini juga telah memberi perhatian terhadap cabaran yang dihadapi oleh guru kokurikulum di sekolah menengah serta bentuk penilaian yang dibuat. Pada keseluruhannya ini merupakan satu kajian deskriptif yang mementingkan pandangan mereka yang mempunyai prihatin serta kepentingan terhadap kokurikulum. Analisis dokumen melibatkan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan kokurikulum (23 pekeliling), Dokumen Tatasusila Perguruan, Buku Panduan Pelaksanaan Gerak kerja Kokurikulum Maktab Perguruan serta Universiti Utara Malaysia dan Buku Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Jemaah Nazir Sekolah. Penyelidik telah menemubual seramai 24 orang ‘Stakeholders’ kokurikulum dari peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah, Pensyarah, Pegawai Pelajaran Negeri serta Daerah, Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah yang terlibat. Pemerhatian terhadap penggendalian aktiviti kokurikulum dibuat ke atas enam buah sekolah yang cemerlang dalam kokurikulum pada tahun 2005 dan 2006 dalam daerah Kota Setar. Berdasarkan kaedah di atas satu trangulasi data hasilan analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian dibuat. Isu-isu utama yang ditonjolkan dari dokumen, temu bual dan pemerhatian disintesis untuk menjawab persoalan kajian dan mewujudkan profil guru kokurikulum. Berasaskan dapatan kajian, penyelidik telah membentuk satu cadangan 'Profil Guru Kokurikulum Sekolah Menengah yang merangkumi tiga komponen iaitu komponen pengetahuan yang mengandungi lima ciri, komponen kemahiran yang mengandungi enam ciri dan komponen sikap yang mengandungi dua belas ciri. Penyelidik juga telah menghasilkan empat lagi profil guru kokurikulum iaitu kategori persatuan akademik, kelab hobi, sukan permainan dan badan berunifom.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.