UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :MT Musical instruction and study
Main Author :Nur Akmar Mohd Yusof
Title :Modul Aural dan Nyanyian Semerta 1 untuk pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) opsyen muzik di Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGKPM)
Hits :25
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2011
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Laporan projek pembangunan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Aural dan Nyanyian Semerta 1 ini disediakan untuk memenuhi keperluan kursus SPM 6006 dalam Program Sarjana Pendidikan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Modul ini ditulis khusus untuk para pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) jurusan Pendidikan Muzik yang sedang mengikuti kursus ini di beberapa kampus Institusi Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGKPM) yang menawarkan major Pendidikan Muzik. Namun demikian modul ini juga boleh digunakan oleh pelajar–pelajar Pendidikan Muzik di institusi-institusi lain. Dengan adanya modul ini, pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah, berkesan dan lancar. Pensyarah dapat menggunakan modul ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah latihan yang disediakan dan CD audio yang disertakan juga akan membantu pensyarah dan pelajar menguasai kemahiran aural dan nyanyian semerta dengan lebih berkesan. Untuk tujuan penilaian produk yang dihasilkan, soal selidik telah dijalankan terhadap dua orang pensyarah Muzik. Dapatan soal selidik menunjukkan kesemua responden sependapat dan bersetuju dengan segala aspek berkaitan produk yang dihasilkan. Terdapat cadangan–cadangan untuk penambahbaikan dalam bahagian akhir penulisan ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.