UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Siti Alsalihah Yaacob
Title :Kesan Intervensi Psikopendidikan terhadap kemurungan dalam kalangan murid yang dirujuk
Hits :4
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Intervensi Psikopendidikan terhadap kemurungan   dalam  kalangan  murid  yang  dirujuk  kepada  guru  bimbingan  dan kaunseling. Intervensi  Psikopendidikan (IP) ini menggunakan Terapi Pemusatan Insan bersama dengan kemahiran asas  kaunseling bagi mengurangkan kemurungan dalam kalangan murid yang dirujuk dengan masalah disiplin.  Seramai 1O orang murid lelaki daripada sebuah sekolah di Temerloh Pahang yang terlibat dengan  masalah disiplin telah dipilih dengan menggunakan persampelan bertujuan. 5 orang klien dijadikan  subjek kelompok kawalan, manakala 5 orang klien lagi dijadikan subjek kelompok rawatan yang  mengikuti Intervensi Psikopendidikan. Tempoh perlaksanaan kajian ini adalah selama 3 bulan dengan 3  kali sesi perjumpaan. Alat ukuran kajian yang digunakan bagi kajian ini adalah Inventori Kemurungan  Beck (IKB) yang telah diterjemah melalui kaedah 'back translation' daripada Beck Depression  Inventory-I/ (BDl-11). Inventori ini telah digunakan semasa sesi pra ujian dan pos ujian bagi  mendapatkan  data kajian. Kajian  juga  mengambil  kira pandangan  subjek  yang mengikuti  Intervensi Psikopendidikan. Data kajian diperoleh secara deskriptif dan dianalisis dengan skor min.  Hasil dapatan kajian menunjukkan  bahawa terdapat perbezaan skor min antara kemurungan murid  kumpulan rawatan dengan pelajar kumpulan  kawalan.  Dapatan  kajian  tentang  pandangan  subjek   Intervensi Psikopendidikan juga turut menunjukkan pendapat subjek yang menyatakan Intervensi  Psikopendidikan sangat bagus, dapat membantu  mengurangkan  kemurungan dan mereka  bersedia  untuk   hadir secara  sukarela  berjumpa  dengan  kaunselor  bagi mendapatkan khidmat kaunseling. Secara  keseluruhannya, intervensi ini telah didapati dapat mengurangkan kemurungan dalam kalangan murid  yang dirujuk dengan masalah disiplin.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.