UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Shamsida Mohd Nor
Title :Kualiti perkhidmatan pendidikan dari ekspektasi dan persepsi pelajar berbanding pencapaian akademik di sekolah-sekolah menengah daerah Hulu Selangor
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2004
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Ekspektasi adalah apa yang dijangkakan oleh pelajar sementara persepsi pula adalah apa yang dialami  oleh mereka ataupun pengalaman sebenar mereka semasa menerima perkhidmatan daripada pihak pemberi  perkhidmatan  iaitu sekolah-sekolah mereka. Perbezaan di antara kedua-dua ekspektasi dan persepsi  ini boleh digunakan sebagai penunjuk kepada kualiti perkhidmatan di sekolah-sekolah. Oleh itu,  objektif dan matlamat kajian atau penyelidikan ini adalah untuk mengumpulkan maklumat tentang  ekspektasi dan persepsi pelajar berkenaan kualiti perkhidmatan di sekolah mereka. Instrumen  SERVQUAL digunakan dalam menjalankan soal selidik bersama-sama dengan pelajar­ pelajar. Soal selidik dijalankan di dua belas buah sekolah di daerah Hulu Selangor. Dimensi perkhidmatan  yang diberi fokus dalam soal selidik ini adalah ketaraan, kebolehpercayaan, responsif, jaminan dan  empati. Selepas pengumpulan data dilakukan, data dianalisa untuk mengetahui sejauh mana tahap  kualiti perkhidmatan di sekolah-sekolah menengah di daerah Hulu Selangor. Kesimpulan juga dibuat  untuk mengetahui dimensi kelemahan yang wujud dan cadangan untuk memperbaikinya diutarakan. Kualiti  perkhidmatan ini seterusnya  dibandingkan  dengan  pencapaian  akademik  pelajar  untuk  mengetahui  hubungan di antara kedua-dua aspek tersebut. Instrumen ini mengandungi 60 item soalan kesemuanya, yang terdiri daripada Bahagian A berkenaan  ekspektasi dan persepsi responden terhadap sekolah mereka, Bahagian B, untuk melihat kepentingan  relatif setiap dimensi kualiti perkhidmatan dan Bahagian C untuk meninjau profil responden.  Pernyataan dalam instrumen SERVQUAL telah di sesuaikan dengan bidang pendidikan.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.