UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Izazol Idris
Title :Kebezaan kefungsian item berkaitan jantina (GDIF) dalam instrumen TIPS II
Hits :8
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2012
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengesan kebezaan kefungsian item berkaitan jantina (GDIF) ke atas  instrumen Test for Integrated Science Process Skills II (TIPS II). Prosedur analisis DIF  berdasarkan model Rasch telah digunakan dalam kajian ini. Analisis  DIF ialah satu  kaedah  statistik  untuk  mengenalpasti  item-item  yang menunjukkan ciri statistik (kefungsian) berbeza  kepada dua tau lebih kumpulan pelajar yang sama kebolehan. Data diperoleh menggunakan instrumen  TIPS II yang mengandungi 36 item objektif aneka pilihan. Item-item ini mengukur lima kemahiran  proses sains bersepadu. Sampel kajian terdiri daripada 570 pelajar tingkatan empat dari lima buah  sekolah menengah harian di sebuah daerah dalam negeri Perak. Analisis data secara deskriptif  menggunakan perisian SPSS versi 17.0 manakala analisis DIF menggunakan perisian Winsteps versi  3.49. Kajian menunjukkan GDIF wujud dalam item-item TIPS IL 19 daripada 36 item didapati lebih  mudah kepada pelajar lelaki dan 17 item lagi lebih mudah kepada pelajar perempuan. Terdapat empat  item yang mempunyai saiz GDIF serius, melebihi 4.0 logit, serta signifikan pada tahap p < 0.05.  Kajian juga menunjukkan kemungkinan terdapat sumbangan faktor-faktor demografi dalam fenomena  kewujudan GDIF dalam TIPS II. Implikasi kajian menegaskan lagi kepentingan ciri keadilan item dalam  meningkatkan kualiti sesebuah instrumen. Ciri keadilan ini juga perlu diberi perhatian dalam proses  pembinaan instrumen  pengukuran.  Kajian  ini  juga  menunjukkan  item-item  yang  dibina  berdasarkan kaedah CTT boleh dianalisis menggunakan kaedah moden berasaskan model Rasch, sekaligus  membenarkan pendapat bahawa kaedah model Rasch ini tidak bertentangan, sebaliknya menyempumakan  kaedah CTT.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.