UPSI Digital Repository (UDRep)

Peranan watak utama novel Jeriji Kasih dan Melunas Rindu sebagai model modal insan

AVAILABLE Thesis 278 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Peranan watak utama novel Jeriji Kasih dan Melunas Rindu sebagai model modal insan
Type
Thesis
Main Author
Zaidi Ahmad
Subject
PN Literature (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2010
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis watak utama dan peranannya sebagai model modal insan dalam  dua buah novel yang dipilih. Novel-novel yang dipilih ialah Novel Kesusasteraan Melayu KBSM  Tingkatan 4 dan 5 yang bertajuk Jeriji Kasih karya Ramlah Abel. Rashid dan sebuah Novel Komponen  Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) Tingkatan  4 yang bertajuk Melunas Rindu  karya Hartini Hamzah. Permasalahan yang ingin dijawab adalah berkaitan dengan peranan watak utama.  Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti watak utama dalam novel­ novel tersebut. Kajian ini juga  bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri modal insan yang dimiliki oleh watak utama serta  membuktikan bahawa mereka berperanan sebagai model modal insan selaras dengan matlamat Falsafah  Pendidikan Negara. Pendekatan moral yang diperkenalkan oleh Horace telah digunakan sebagai landasan  kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan pengkarya telah berjaya mengangkat  watak-watak utama sebagai model modal insan kerana mereka memiliki semua ciri modal insan yang  digariskan kecuali patriotik. Kajian menunjukkan bahawa watak Anuariza dan Fuad sangat sesuai  dijadikan model modal insan kerana mereka memiliki ciri-ciri modal insan, keperibadian yang tinggi  dan nilai­ nilai murni yang holistik. Kajian ini juga membuktikan bahawa kedua-dua buah novel ini  sangat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh para pelajar. Kajian ini juga membuktikan bahawa para  pengkarya juga mempunyai peranan, sumbangan dan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya ke  arah pembentukan akhlak generasi muda.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.