UPSI Digital Repository (UDRep)

Penilaian karangan bahasa melayu pelajar orang asli - satu tinjauan

AVAILABLE Thesis 411 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penilaian karangan bahasa melayu pelajar orang asli - satu tinjauan
Type
Thesis
Main Author
Mohd Firdaus Yaakub
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2011
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap penguasaan, kelemahan dan kekuatan para pelajar  Orang Asli (selepas ini disebut POA) dalam menulis karangan. Reka bentuk kajian tinjauan ini  dilakukan terhadap 70 orang POA di dua buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh Hinai  dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan, Pahang. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada pelajar  tingkatan tiga yang masih belajar di sekolah berkenaan. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapat  maklumat berhubung tahap penguasaan, kekuatan dan  kelemahan POA dalam menulis karangan dari aspek  penyampaian isi, penggunaan bahasa dan persembahan serta meninjau masalah-masalah yang menyebabkan  pelajar Iemah dalam menulis karangan. Bagi tujuan itu, dua alat pengumpulan data digunakan. Pertama  karangan jenis perbincangan dan kedua, soal selidik. POA perlu mengisi soal selidik tersebut  selepas menulis karangan perbincangan yang telah ditetapkan oleh penyelidik. Data yang diperoleh  kemudiannya dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan  bahawa POA berada pada tahap kurang penguasaan dari aspek penyampaian isi (68.28%), tiada  penguasaan dari aspek penggunaan bahasa (75.71%) dan kurang penguasaan dari aspek persembahan  (54.28%) dalam penulisan karangan. Pernyataan ini berpandukan pada peratus tertinggi dalam tiga  aspek kajian ini. Secara keseluruhannya POA berada pada tahap kurang penguasaan dengan peratus  pencapaian sebanyak 31.98% atau purata markah sebanyak 32 daripada 100 markah. Beberapa aspek  kekuatan dan kelemahan yang dilakukan oleh POA telah dikenal pasti berhubung penulisan karangan.  Semua maklumat ini dilaporkan dalam bentuk peratus dan purata sahaja. Pada bahagian akhir,  penyelidik mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi kelemahan POA dalam menulis karangan.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.