UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Abstrak kertas projek yang dikemukakan kepada Fakulti Bahasa sebagai memenuhi keperluan untuk
mendapatkan ljazah Sarjana Pendidikan ( Bahasa Melayu).
DASAR BAHASA DI BAWAH PENTADBIRAN MAHATHIR BIN MOHAMAD
Kajian ini adalah bertujuan bagi meninjau pelaksanaan dasar bahasa sepanjang pentadbiran Mahathir
b. Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Kaedah kajian
yang digunakan adalah kaedah kajian kepustakaan.
Kajian ini mengandungi sejarah ringkas tentang dasar bahasa sejak merdeka
hinggalah kini. Selain itu kajian ini membincangkan sedikit tentang latar belakang beliau.
Kajian ini menganalisis perubahan yang paling awal iaitu Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang
membawa kepada perubahan kurikulum lama kepada kurikulum baru
dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Perbincangan seterusnya adalah mengenai rentetan peristiwa pemansuhan Akta Pelajaran 1961 kepada
termaktubnya Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 adalah satu perundangan pendidikan baru
dalam sistem pendidikan kebangsaan kini.
Kajian juga meliputi kepada penukaran bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di
peringkat sekolah. Selain itu kajian ringkas dilakukan bagi
meninjau sumbangan oleh Menteri Pendidikan dalam perkembangan dasar bahasa
kebangsaan sejak merdeka hinggalah ketika ini.
Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan-perubahan yang ketara dilakukan. Walau
bagaimanapun, perubahan-perubahan yang dibuat perlu
mengambil kira status dan martabat bahasa kebangsaan itu sendiri agar tidak terpinggir
dibumi sendiri.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |