UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Hasnah Awang
Title :Dasar bahasa di bawah pentadbiran Mahathir bin Mohamad
Hits :10
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2004
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstrak kertas projek yang dikemukakan kepada Fakulti Bahasa sebagai memenuhi keperluan untuk  mendapatkan ljazah Sarjana Pendidikan ( Bahasa Melayu). DASAR BAHASA DI BAWAH PENTADBIRAN MAHATHIR BIN MOHAMAD Kajian ini adalah bertujuan bagi meninjau pelaksanaan dasar bahasa sepanjang pentadbiran Mahathir  b. Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kajian kepustakaan. Kajian ini mengandungi sejarah ringkas tentang dasar bahasa sejak merdeka hinggalah kini. Selain itu kajian ini membincangkan sedikit tentang latar belakang beliau. Kajian ini menganalisis perubahan yang paling awal iaitu Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang  membawa kepada perubahan kurikulum lama kepada kurikulum baru dalam sistem pendidikan kebangsaan. Perbincangan seterusnya adalah mengenai rentetan peristiwa pemansuhan Akta Pelajaran 1961 kepada  termaktubnya Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 adalah satu perundangan pendidikan baru  dalam sistem pendidikan kebangsaan kini. Kajian juga meliputi kepada penukaran bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di  peringkat sekolah. Selain itu kajian ringkas dilakukan bagi meninjau sumbangan oleh Menteri Pendidikan dalam perkembangan dasar bahasa kebangsaan sejak merdeka hinggalah ketika ini. Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan-perubahan yang ketara dilakukan.  Walau   bagaimanapun,  perubahan-perubahan yang  dibuat  perlu mengambil kira status dan martabat bahasa kebangsaan itu sendiri agar tidak terpinggir dibumi sendiri.    
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.