UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini merupakan kajian kes yang bertujuan untuk mengenal pasti pemerolehan bahasa
kanak-kanak Melayu berasaskan Teori Mentalis. Tumpuan analisis adalah kepada pemerolehan bahasa
dari segi fonologi, morfologi, dan cara kanak-kanak menguasai bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu,
satu pemerhatian telah dijalankan secara jangka panjang (longitudinal) terhadap sampel kajian untuk
melihat kecekapan berbahasa kanak-kanak. Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan cara mencatatkan
dalam buku catatan dan alat rakaman. Segala data dianalisis kembali mengikut tafsiran penulis
berdasarkan teori-teori yang berkaitan. Basil daripada kajian yang dijalankan mendapati
faktor LAD (Language Acquisition Device) yang dinyatakan oleh teori mentalis serta faktor dalam
diri kanak-kanak tersebut merupakan faktor penting dalam mempengaruhi aspek pemerolehan dan
kecekapan berbahasa kanak-kanak. Hasil kajian juga mendapati bahawa apabila kanak-kanak menjangkau
usia tiga tahun, mereka sangat kreatif dalam berbahasa. Kekreatifan ini banyak bergantung kepada
proses pemikirannya.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |