Mengkaji pengaruh pendapatan inu-bapa sebagai komponen SES terhadap pencapaian pelajar di sekolah
Type
Thesis
Main Author
Fahmi Ahmad Subri
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2006
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah pengaruh pendapatan sebagai komponen SES dapat
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam peperiksaan berbanding faktor SES lain dan faktor bukan
SES. Kajian ini juga cuba membuat perbandingan kekuatan pengaruh SES yang dipilih
(Pendapatan keluarga dan tahap akademik keluarga) dan bukan SES yang dipilih (Bangsa dan Jantina)
dalam mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar. Sejumlah 162 pelajar dari sekolah menengah Dr
Burhanuddin (Mempunyai aliran Khas dan Biasa) telah dipilih menjadi responden kajian. Data yang
terkumpul dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Version11.00 For windows.
Penyelidikan ini menggunakan dua jenis statistik iaitu diskriptif dan infrensi bagi membuat
penafsiran dan rumusan kepada dapatan. Aplikasi model ekonometrik juga digunakan dalam kajian ini
untuk melihat hubngan yang jelas pembolehubah yang dinyatakan terhadap pencapaian pelajar. Dapatan
kajian menunjukkan semakin tinggi pendapatan dan akademik keluarga maka semakin tinggi pencapaian
pelajar.Dapatan ini juga menunjukkan pendapatan keluarga sememangnya mempunyai pengaruh yang
kuat terhadap pencapaian berbanding faktor akademik keluarga. Dapatan ini juga menunjukkan faktor
bangsa tidak mempunyai hubungan yang signifikan ke atas pencapaian seseorang pelajar manakala
faktor jantina pula terdapat hubungan, tetapi hubungannya sangat lemah berbanding faktor lain ke
atas pencapaian. Kajian juga menunjukkan nilai R2 yang rendah memberi gambaran kepada kita terdapat
faktor lain selain SES yang lebih kuat dalam mempengaruhi pencapaian pelajar di sekolah. Bagi kita
selaku orang yang terlibat secara langsung dalam sistem pendidikan di Malaysia diharapkan dapatan
ini boleh digunakan untuk merancang strategi yang perlu kearah peningkatan prestasi pelajar di sekolah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.