UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas pelajar terhadap kelebihan dan kelemahan
Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) khususnya mata pelajaran Seni Reka Tanda (SRT) dari
perspektif pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis kemahiran yang
dipelajari dan dikuasai serta faedah yang diperolehi dari mata pelajaran SRT. Kajian ini juga cuba
mendapatkan pandangan pelajar tentang masalah yang dihadapi semasa menjalani proses
pembelajaran mata pelajaran SRT.
Kajian ini adalah satu kajian deskriptif dan maklumat diperolehi dengan menggunakan kaedah
temubual berstruktur. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan 5 dari empat
buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang melaksanakan program Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
Seni Reka Tanda. Temubual dengan pelajar telah dirakamkan dan didengar semula. Hasil temubual telah
ditranskripsikan dan dianalisis secara kualitatif mengikut tema berdasarkan soalan kajian.
Dapatan kajian menunjukkan kesemua pelajar yang terlibat telah mempelajari dan dapat menguasai
kemahiran-kemahiran khusus berkaitan dengan pembelajaran mata pelajaran Seni Reka Tanda dan mereka
juga menyedari hala tuju kerjaya yang ingin mereka ceburi setelah tamat persekolahan nanti.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |