UPSI Digital Repository (UDRep)

Penilaian pelajar terhadap keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran seni reka tanda dalam program mata pelajaran vokasional di sekolah menengah akademik

AVAILABLE Thesis 371 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penilaian pelajar terhadap keberkesanan pelaksanaan mata pelajaran seni reka tanda dalam program mata pelajaran vokasional di sekolah menengah akademik
Type
Thesis
Main Author
Rosnah Mustaffa
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan  maklumbalas pelajar terhadap kelebihan dan kelemahan  Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) khususnya mata pelajaran Seni Reka Tanda (SRT) dari  perspektif pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis kemahiran yang  dipelajari dan dikuasai serta faedah yang diperolehi dari mata pelajaran SRT. Kajian ini juga cuba  mendapatkan pandangan  pelajar  tentang  masalah  yang  dihadapi  semasa  menjalani  proses  pembelajaran mata pelajaran SRT. Kajian ini adalah satu kajian deskriptif dan maklumat  diperolehi dengan menggunakan kaedah  temubual berstruktur. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang pelajar  tingkatan  5  dari  empat   buah  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  yang melaksanakan  program  Mata Pelajaran  Vokasional  (MPV)  Seni Reka Tanda. Temubual dengan pelajar telah dirakamkan dan didengar semula. Hasil temubual telah  ditranskripsikan dan dianalisis secara kualitatif mengikut tema berdasarkan soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan kesemua pelajar yang terlibat telah mempelajari dan dapat menguasai  kemahiran-kemahiran khusus berkaitan dengan pembelajaran mata pelajaran Seni Reka Tanda dan mereka  juga menyedari hala tuju kerjaya yang ingin mereka ceburi setelah tamat persekolahan nanti.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.