UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Main Author :Mohamad Nurhanif Hazman
Title :Kreativiti penghasilan kraf manik seramik etnik Lun Bawang di Sarawak
Hits :22
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini memfokuskan kepada keindahan seni manik seramik etnik Lun Bawang di Lawas, Sarawak menerusi penghasilan kraf manik seramik dari segi olahan, penggunaan bahan, mereka corak dan proses penghasilannya. Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenalkan seni manik seramik etnik Lun Bawang ke peringkat lebih tinggi dan memberi pendedahan kepada masyarakat umum tentang kreativiti etnik Lun Bawang. Kaedah kualitatif menerusi pendekatan Sejarah telah menunjukkan keunikan kraf manik etnik Lun Bawang terletak pada motif dan proses penghasilannya. Pengumpulan data kajian ini dilakukan melalui kaedah pemerhatian terhadap objek seni manik seramik, kaedah temu bual, kajian lapangan, analisis dokumen dan analisis data untuk menjawab ketiga-tiga objektif dan persoalan kajian yang dikemukakan. Kajian mengenai kreativiti manik seramik Lun Bawang ini telah menjumpai 30 jenis motif manik seramik dengan pelbagai rekaan yang melibatkan flora fauna, geometri dan juga alam kosmos. Motif-motif tradisional etnik ini digambarkan dan diinterpretasikan melalui permukaan manik berfungsi untuk mencerminkan identiti dan kebudayaan etnik Lun Bawang. Terdapat pelbagai jenis saiz manik yang melibatkan ukuran paling kecil, iaitu 1.2 cm dan yang paling besar bersaiz 2.5 cm dengan diameter 0.5 cm. Pelbagai bentuk manik seramik yang melibatkan bentuk bulat, bulat berlekuk, memanjang, bujur dan bujur berlekuk telah ditemukan. Keunikan manik ini juga terserlah pada warna manik yang kebanyakannya terdiri daripada warna merah, hitam, kuning, biru dan juga putih. Adaptasi sumber alam seperti tanah liat di sungai Lawas dan teknik pembakaran bisque dengan suhu mencecah 900 darjah celcius selama lapan hingga sembilan jam telah menjadikan manik ini unik. Nilai keindahan dalam apresiasi etnik Lun Bawang ini terhadap penghasilan seni manik dalam budaya mereka merupakan satu refleksi kreativiti terhadap ketelitian observasi tentang fungsi dan sifat bahan alam sebagai bahan utama bagi penghasilan manik. Secara keseluruhannya kajian ini serba sedikit telah memperkenalkan kreativiti etnik Lun Bawang dan boleh dijadikan asas untuk mengenal pasti identiti budaya suatu bangsa, di samping dapat digunakan sebagai panduan kepada pengkaji lain yang ingin membuat penyelidikan lanjut tentang manik di Sarawak dari sudut yang berbeza.

References

Asyaari Muhamad. (2002). Perkembangan Tembikar Prasejarah di Malaysia. Jam, 15-

2002. Hlm. 29-35.

 

Babcock, T.C. (1974). Indigenous ethnicity in Sarawak. Dlm. Jerome R. (Ed.) The

People of Central Borneo.

 

Beck, H.C. 1928 Classification and nomenclature of beads and pendants. Archaeologia

77: 1-76.

 

Bell Su’ut. (2014). Estetika “Bakad” masyarakat Lun Bawang Lawas, Sarawak: Satu

kelansungan pendidikan informal. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

 

Borneo Post Online. (2015, 12 Oktober). Seni Manik Di Sarawak Berpotensi Kukuh

Untuk Terus Dikomersialkan.

 

Crawford, J. & Irving, C. (2009). Information literacy in the workplace: A qualitative

exploratory study. Journal of Librarianship and Information Science, 41, 29-

38.

 

Connaway, L.S. & Powell, R.R. (2010). Basic research methods for librarians. Ed. ke-

5. Santa Barbara: Libraries Unlimited.

 

Corbin, J. and Strauss, A. (2008). Basics of qualitative research 3e. Thousand Oaks,

CA: Sage Publications.

 

Datan, Ipoi. (1989). A brief ethnography of the Lun Bawang of Sarawak. Sarawak

Museum Journal. Vol. X No. 61: 143-155.

 

Doh Hock Seng, Josephine Chong Pek Wan, Suma Sathasivam. (2013). Cite It Right.

Tanjong Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

Hamidon,R. B. (2004). Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Akademik Pengajian

Melayu, Universiti Malaya.

 

Hamid, M. J. (2013). Falsafah dan Kritikan Seni. Tanjong Malim: Universiti

Pendidikan Sultan idris.

 

Harrisson, T. 1972. The Borneo Stone Age - In The Light of Recent Research. Sarawak

Museum Journal. Vol. XX (40-41). Hlm. 385- 412

 

Harozila Ramli, Tajul Shuhaizam, Mohamad NurHanif Hazman. 2019. The Beauty of

Tritik Technique in Creating Batik-textile Pattern Designs. Journol Of

Advanced Research In Dynamical And Control System(JARDCS). Vol. 11,

05-Special Issue.

 

Harozila Ramli, Tajul Shuhaizam, Mohamad Zaihidee Arshad. 2019. Symbolism of

'Keleput' Art and Intellectual Value of Penan Heritage Craft in Sarawak.

Jornoul Of Advanced Research In Dynamical And Control System(JARDCS).

Vol. 11, 05-Special Issue.

 

Harozila Ramli, Tajul Shuhaizam, Salwa Jamaldin, Mohamad NurHanif Hazman.2019.

The Impact Of A Learning Module Based On Adobe Photoshop On The

Teaching And Learning Of Batik Pattern. International Journal Of Innovation

, Creativity And Change. Vol.6 Isssue 2.

 

Harozila Ramli. (2017). Pelestarian Reka Bentuk Kontemporari Kraf Manik Seramik

Sarawak Menerusi Memanipulasi Bahan Alam. Tanjong Malim. Penerbit

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

Khalijah Binti Ahmad. (2014). Transformasi Motif Blok Batik Samasa Batik Tahun

1960 Hingga 2009. Ph. D Dissertation. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

Ibrahim Abu Shah. (1991). Industri Kecil Dan Sederhana Sarawak. Perpustakaan

Negara Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

 

Ismail, S.Z (1986). Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

 

Jamal, S.Z. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Lucas Chin. (1980). Cultural heritage of Sarawak. Kuching: Lee Ming Press.

 

Langup, J. (1984). Economic activities of the people of Ba’ Kelalan: an overview. Dlm.

Sarawak Gazette 110; 3-17.

 

Lanang, T.S (1977). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Press.

 

Mohamad Yusof Kasim. (2002). Sabah Dan Sarawak Dalam Arus Globalisasi.

Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Meechang Tuie. (1995). Masyarakat Lun Bawang Sarawak Suatu Pengenalan.

Kuching: Desktop Publishing Sdn.Bhd.

 

Meriam S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education.

Revised and Expended From Case Study Research in Education. San

francisco: Jossey-Bass Publisher

 

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. (1995). Arkeologi di Malaysia: Antara

Matlamat Dan Realiti. Jurnal Arkeologi Malaysia, Bil. 8, Hlm. 8.

 

Othman lebar. (2017). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori Dan

Metode.Tanjong Malim. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

Pollard, F.H. (1935). Muruts of Sarawak. Sarawak Museum Journal, 4-56.

 

Runciman, S. (1960). The White Rajahs: A history from Sarawak 1841–1946.

London: Cambridge University Press

 

Runciman, S. (1960). The White Rajahs: A history from Sarawak 1841–1946.

London: Cambridge University Press

 

Runciman, S. (1960). The white rajahs: a history from sarawak 1841-1946. London.

Cambridge University Press.

 

Shepards, M. (1983). Living Crafts of Malaysia. Kuala Lumpur: Mobil Oil Malaysia

Sdn Bhd.

 

Siti Khadijah Farhah. (2019). Motif dan warna dalam budaya Cina peranakan: Kajian

kes ke atas kasut manik tradisional.Tanjong Malim. Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

 

Yin,R.K.(1994). :Case Study Research: Design and Methods.”Thousand Oak, Calif:

 

 

LAMAN SESAWANG

 

Asal Usul Lun Dayeh Sabah. Diperoleh pada 15 Oktober 2019 daripada

https://parennyawi.blogspot.com/2011/08/asal-usul-suku-lundayehsabahlun

bawang.html

 

Bead The New Age. Diperoleh pada 25 Oktober 2019 daripada

https://dayakwanderer.com/2018/12/21/beads-the-new-age/

 

Enggan Separuh Jalan. Diperoleh pada 4 Febuari 2024 daripada

https://www.hmetro.com.my/WM/2019/09/502053/enggan-separuh-jalan

 

Fungsi Kearifan Lokal. Diperoleh pada 22 Oktober 2019 daripada

https://www.kajianpustaka.com/2017/09/pengertian-fungsi-dimensi-kearifan

lokal.html

 

Glistening Beads Of Kampung Long Tuma. Diperoleh Pada 11 Oktober 2019 Daripada

http://www.borneotalk.com/the-glistening-beads-of-kampung-long

tuma/?fbclid=IwAR2sDmeIeqbL1hPtFzM-JqV9fccFU_z5WEas9p9O0

JtONbqnT6qy6RKW3E

 

History Info About My Suku Kaum Lun Bawang. Diperoleh pada 12 Oktober 2019

Daripada http://limbangku.blogspot.com/2011/01/history-info-bout-my-sukukaum-

lun.html

 

Koleksi Manik Lun Bawang. Diperoleh pada 10 Oktober 2019 daripada:

http://nicitoden.blogspot.com/2013/12/koleksi-manik-puak-lun-bawang.html

 

Kraf Tangan Suku Kaum Lun Bawang. Diperoleh pada 16 Oktober 2019 daripada

http://esterfanie29.blogspot.com/2018/

 

Lun Bawang Is Not Murut. Diperoleh pada 24 September 2019 daripada

http://blogtau.com/lun-bawang-is-not-murut/

 

Lun Bawang. Diperoleh pada 12 Oktober 2019 daripada

https://ms.wikipedia.org/wiki/Lun_Bawang

 

Pengenalan Lun Bawang. Diperoleh pada 9 September 2019 daripada:

http://mypmbudayaetnik.blogspot.com/2018/01/pengenalan-lun-bawangmembawa

maksud.html

 

Teori Kreativiti Calvin W. Taylor. Diperoleh pada 9 september 2019 daripada:

https://akuseni.blogspot.com/2012/01/teori-kreativiti-calvin-wtaylor.html

 

Suku Kaum Lun Bawang. Diperoleh pada 11 Oktober 2019 daripada:

http://limbangku.blogspot.com/2011/01/history-info-bout-my-suku-kaumlun.

html

 

Sejarah Sarawak. Diperoleh pada 8 September 2019 daripada:

https://mohdharmanmdrodzi.wordpress.com/mata-pelajaran-kajiantempatan/

topik-2- sejarah-sarawak/

 

Sejarah Sarawak. Diperoleh pada 1 November 2019 daripada http:

//hadiftareh.blogspot.com/

 

Warisan kepelbagaian budaya. Diperoleh pada 2 Oktober 2019 daripada http://warisan

kepelbagaian-budaya.blogspot.com/2013/07/asal-usul-suku-kaum

lundayehsabahlun.html


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.