UPSI Digital Repository (UDRep)

Kerangka penginapan Pelancongan Rendah Karbon di Pulau Langkawi

AVAILABLE Thesis 306 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kerangka penginapan Pelancongan Rendah Karbon di Pulau Langkawi
Type
Thesis
Main Author
Noratiqah Zasali
Subject
G Geography. Anthropology. Recreation
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2024
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Pelepasan karbon mempunyai impak secara signifikan kepada penginapan pelancongan terutamanya di destinasi pulau. Walaubagaimanapun, masih belum terdapat garis panduan atau rujukan yang jelas mengenai Penginapan Pelancongan Rendah Karbon (PPRK) di Malaysia. Kajian ini bertujuan membangunkan kerangka PPRK melalui kaedah reka bentuk Penerangan Berurutan Campuran. Pengumpulan data kuantitatif soal selidik melibatkan 128 responden daripada empat jabatan bagi 17 buah hotel di Langkawi. Pengumpulan data kualitatif terdiri empat informan kajian kes mewakili dua pengurus dan dua staf setiap tempat penginapan yang melaksanakan PPRK tertinggi dan terendah. Dapatan kuantitatif kemudiannya dijelaskan dengan dapatan kualitatif melalui temu bual dan analisis silang kes serta interpretasi data. Saringan kesahan kerangka akhir disahkan lima pakar terpilih. Lima indikator PPRK diukur Penjimatan Tenaga, Penjimatan Air, Pengurusan Sisa, Perkhidmatan dan Keselamatan Makanan dan Tindakan Komunikasi Hijau. Saringan pertama kerangka iaitu 137 sub indikator PPRK dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan deskriptif keseluruhan pelaksanaan PPRK berada pada tahap sederhana (min=3.63) dan satu sub indikator di bawah Penjimatan Air berada pada tahap terendah disingkirkan (min=2.90). Dapatan inferensi ujian Mann-Whitney U menunjukkan tiada perbezaan di antara pengurus dan staf hotel dalam melaksanakan PPRK. Namun terdapat perbezaan pelaksanaan PPRK oleh keseluruhan jabatan melalui dapatan ujian Kruskal-Wallis H. Dapatan menunjukkan pelaksanaan PPRK memberikan impak signifikan (p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.