UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Article
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Mustaqim Roslan
Title :Kesan psikologi terhadap penamaan nasab anak tak sah taraf kepada Abdullah: Analisis Fatwa Kebangsaan
Hits :7
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Keputusan Fatwa Kebangsaan terhadap penamaan nasab anak tak sah taraf (ATST) adalah tidak harus untuk dinasabkan kepada bapa biologinya berasaskan kepada sumber-sumber yang kuat daripada al-Quran dan al-Sunnah. Oleh yang demikian, ATST tersebut perlulah dinasabkan kepada ibu sebagai jalur nasab yang sah. Namun begitu, Fatwa Kebangsaan telah memutuskan untuk digantikan dengan nama Abdullah bagi tujuan untuk mengelakkan kesan psikologi dan masalah sosial yang terjadi kepada anak tersebut. Malangnya, objektif dan matlamat tersebut tidaklah seperti yang diinginkan apabila anak-anak itu didakwa menunjukkan kesan yang negatif apabila penamaan mereka dinasabkan kepada Abdullah. Sehubungan dengan itu, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat kesan psikologi yang dihadapi oleh ATST yang dinamakan dengan nama Abdullah bagi menggantikan nama ibu sebagai jalur yang sah. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif, manakala strategi kajian pula ialah kajian kes. Kajian ini juga mengadaptasikan reka bentuk kualitatif dengan kaedah pengumpulan data adalah kombinasi teknik analisis kandungan dokumen dan temu bual soalan separa berstruktur. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data-data ini yang mana hasilnya dikategorikan mengikut kaedah tematik. Hasil dapatan menunjukkan terdapat enam kesan psikologi yang telah dikenal pasti akibat kesan penamaan nasab ATST kepada Abdullah ini iaitu, sukar menumpukan perhatian, sering marah, kesukaran tidur, hilang selera makan, hilang pergaulan dan kurang keyakinan diri. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan agar penamaan nama Abdullah bagi menggantikan nama ibu sebagai jalur yang sah ke atas ATST adalah wajar dimurnikan kembali agar bersesuaian dengan realiti yang berlaku. Kata kunci: Abdullah, Fatwa Kebangsaan, Kesan Psikologi, Nasab, Penamaan.

References

A Child & 2 Ors Jabatan Pendaftaran Negara. (2017). Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Retrieved from:

http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-01(A)-365-09-2016.pdf

Afrida, K. (2018). Pengaruh Interaksi Teman Sebaya Dan Keyakinan Diri Terhadap Hasil Perilaku Psikomotorik Siswa Dalam Pelajaran Fiqih Kelas VII MTS Sunan Ampel Jetis, Jtirejo, Mojokerto. (Postgraduate Thesis). Jurusan Pendidikan Agama Islam, IAIN Ponorogo.

Ana Karunia. & Ika Yuniar, C. (2016). Pengaruh Psikoedukasi tentang Pengetahuan ADHD terhadap Kemampuan Guru dalam Melakukan Deteksi Dini Masalah ADHD pada Siswa dan Keterampilan Intervensi Kelas. Jurnal INSAN: Jurnal Psikologi dan Kesihatan Mental. Vol. 01 No. 01. Universitas Airlangga.

Andy Tyerman. (2003). Psychologichal Effect of Brain Injury. Headway–the brain injury association, UK.

Azizah, M. R., Noor Aziah, M. A., Ahmad ‘Azam, M. S., Nor ‘Adha, A. H. & Tg. Noor Azira, T. G. (2019). Menangani Masalah Kelahiran Anak Tak Sah Taraf di Malaysia: Peranan Perundangan Jenayah Dalam Masyarakat. Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Azura, B. (2019). Pengantar Psikologi. Universiti Utara Malaysia (UUM).

Babbie, E. (2002). The Practice of Social Research. 12th ed. Belmont California, Wadsworth.

Bin Roslan, M. M. (2023). Hubungan Kesan Psikologi dan Masalah Sosial dengan Teori Hifz Al-Nafs dalam Fatwa Penamaan Nasab Anak Tak Sah Taraf: Analisis Fatwa Kebangsaan: The Relationship of Psychological Effects and Social Problems with Hifz Al-Nafs Theory in The Fatwa on the Named Lineage of Illegitimate Children: National Fatwa Analysis. Jurnal Pengajian Islam, 16(1), 86–100. Retrieved from: https://doi.org/10.53840/jpi.v16i1.240

Christina, A., Anna, S. & Kristofer, A. (2016). Prevalence and Associated Factors for Decreased Appetite Among Patients with Stable Heart Failure. National Library of Medicine, Linkopings Universitet.

Creswell, J. W. (2009). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five Approaches. n.d. Thousand Oask, CA, Sage.

Hans Wehr. (1980). A Dictionary of Modern Written Arabic. n.d. Library Du Liban, Beirut.

Hayrettin, T. (2015). The relationship between self-confidence and learning Turkish as a foreign language. Acedemic Journal Turkish Language Department, Canakkale. Canakkale Onsekiz Mart University, Turkey.

Ika Kurnia, F. (2015). Urgensi Pemeriksaan Psikis Pra-Nikah. Jurnal De Jure: Jurnal Hukum dan Syariah. UIN Malang

Ika Linda, A. (2017). Penerapan Rendam Air Hangat Pada Kaki Terhadap Kualitas Tidur Ny. R dengan Insomnia di RT 13 RW V Kelurahan Slendro. (Postgraduate Thesis). Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan, ‘Aisyiyah Surakarta.

Kamus Dewan Bahasa. (2012). 4th ed. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Muhammad Adam, A. A., Khadher, A., Mohd Khairul Nazrin, M. N. & Ishak, S. (2020). Dinamika Tafsiran Teks Hadis al-Walad li al-Firasy wa li al-‘Ahir al-Hajar dan Implikasinya Terhadap Fatwa Penasaban Anak Tak Sah Taraf di Malaysia. International Refereed Academic Journal in Hadis Sudies. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Muhammad Akbar, N., Andi Arsunan, A. & Ridwan, M. T. (2018). Kualitas Hidup Penderita Insomnia pada Mahasiswa. Jurnal MKM The Indonesia Journal of Public Health. Vol. 14 No. 2. Universitas Hasanuddin.

Muhammad Ripli. (2015). Mengenal Gangguan Keperibadian serta Penanganannya. Jurnal al-Tazkiah: Jurnal Bimbingan dan Kaunseling Islam. Vol. 4 No. 2. IAIN Mataram.

Muslim, M. S. (2016). Varian-Varian Paradigma, Pendekatan, Metode, dan Jenis Penelitian dalam Ilmu Komunikasi. Wahana. Vol. 1 No. 10. Universitas Pakuan, Indonesia.

Mustaqim Roslan, M. (2023). Hifz al-Nafs dalam Fatwa Penamaan Nasab Anak Tak Sah Taraf di Malaysia: Analisis Kesan Psikologi dan Masalah Sosial. (Postgraduate Thesis). Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar – Perak Darul Ridzuan.

Noraini Aqilah, I. & Ahmad Munawar, I. (2018). Persepsi Masyarakat Muslim di Hulu Langat Terhadap Anak Tak Sah Taraf. Malaysian Journal for Islamic Studies (MJIS). Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Norizan, Y. (2016). Pengurusan Elemen Psikologikal sebagai Persediaan Menghadapi Bencana: Satu Kajian Kualitatif Terhadap Mangsa Banjir di Kelantan. Jurnal Psikologi Malaysia.

Othman Lebar. (2017). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metode. n.d. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ramadhani, A. (2004). Hubungan Antara Manajemen Amarah Dengan Perilaku Agresi. (Postgraduate Thesis). Fakultas Psikologi, Universitas Islam Indonesia Jogjakarta.

Roslan, M. M., & Zainuri, A. O. . (2023). Kekhilafan Menerapkan Maqasid Syariʻah Dalam Pengeluaran Fatwa: Analisis Ijtihad Maqasidi: Arguments In Applying Maqasid Syariʻah In The Fatwa Issuance: An Ijtihad Maqasidi Analysis. Journal of Fatwa Management and Research, 28(1), 132-148. Retrieved from: https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no1.464

Roslan, M. M. (2023). Metodologi Pendalilan terhadap Fatwa Pensabitan Nasab Anak Tak Sah Taraf di Malaysia: Analisis Penamaan kepada Abdullah: Argument Methodology Against Fatwa Conviction of Illegitimate Children’s Lineage in Malaysia: Analysis of the

Appointment Name to Abdullah. Journal of Muwafaqat, 6(2), 19–34. Retrieved from: https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/140 Roslan , M. M. (2023). Teori Hifz Al-Nafs dalam Islam: Analisis Pendalilan: [The Theory of Hifz Al-Nafs in Islam: An Argumentative Analysis]. KQT EJurnal, 22–34. Retrieved from: http://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/68

Roslan, M. M. (2022). The Problem of Depression Regarding the Namement of Illegitimate Children’s Lineage to Abdullah: National Fatwa analysis. Firdaus Journal, 2(2), 31–42. Retrieved from: https://doi.org/10.37134/firdaus.vol2.2.4.2022

Roslan, M. M. (2023). Symptoms of Social Problems Regarding the Named Lineage of Illegitimate Children to Abdullah: National Fatwa Analysis. Firdaus Journal, 3(1), 39–50. Retrieved from: https://doi.org/10.37134/firdaus.vol3.1.5.2023

S. Nagaraj. (2022). Loss of Appetite in Adult Patients: Effectiveness and Safety of an Appetite Stimulating Medication in an Open-Label, Investigator-Initiated Study in India. Journal of Nutrition and Metabolism, Hindawi.

Sumitro, A. (2012). Hubungan Antara Kematangan Emosi Dengan Problem Focused Coping Mahasiswa. (Postgraduate Thesis). Fakultas Psikologi, UIN Maulana Malik Ibrahim Malang.

Tengku Muhammad Faiz, T. H. (2018). Kesan Penggunaan Aplikasi Realiti Augmentasi Pembelajaran Sains Tahun Empat Terhadap Pencapaian Akademik, Pemahaman dan Tumpuan Murid Lembam Sekolah Rendah. (Postgraduate Thesis). Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Wan Abdul Fattah, I., Syahirah, A. S., Lukman, A. M., Ahmad Syukran, B., Zulfaqar, M. & Nik Salida, N. S. (2020). Faktor dan Penyelesaian Isu Anak Tak Sah Taraf dalam Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia. International Seminar on Syariah and Law (INSLA). Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

William James. (1890). The Principles of Psychology. Vol. I. University of Toronto, New York.

Zakiul Fuady, M. D. & Raihanah, A. (2020). Analisis keputusan dan Metode Penghakiman terhadap Pemberian Wasiat Wajibah kepada Anak Tak Sah Taraf. Jurnal Fiqh. Universiti Malaya (UM).

Zulkifli al-Bakri. (2003). Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.