|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini adalah untuk meneroka kepercayaan Guru Pendidikan Islam (GPI) terhadap kepentingan amalan penerapan kemahiran berfikir kritis dalam pengajaran Bidang Akidah di sekolah menengah. Kajian ini berbentuk kajian kes, dengan menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur. Data dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti versi 23. Data kualitatif daripada temu bual ini dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan tema, sub tema dan dapatan kajian. Seramai lima orang GPI yang telah berkhidmat di dua buah sekolah di Negeri Perak telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Kajian mendapati GPI mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap kepentingan penerapan kemahiran berfikir kritis di dalam pengajaran Bidang Akidah KSSM. Dapatan mengenai pelaksanaan penerapan ini menunjukkan keselarian antara kepercayaan guru dengan pelaksanaannya di dalam pengajaran. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan kepercayaan GPI terhadap kepentingan penerapan kemahiran berfikir kritis telah mempengaruhi amalan dan tindakan GPI untuk menerapkannya di dalam pengajaran Akidah. Implikasi kajian ini menunjukkan kepercayaan dan amalan penerapan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan GPI dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembangunan intelektual serta penghayatan Akidah murid melalui pengajaran Bidang Akidah KSSM.
Kata kunci: Kepentingan, pemikiran kritis, Guru Pendidikan Islam, Pengajaran Akidah KSSM |
| References |
Cresswell, J.W. (1998). Qualitative Inquiry and Rsearch Design: Chosing among Five Tradition. California CA: Sage Publication Fatimah Abdullah. (2005). Teaching Islamic Theology In The Era of Globalization.Proceedings International Seminar Religious in the Muslim World: Challenges and Prospect. Fathiyah Mohd Fakhruddin. (2012). Peranan & Cabaran Guru dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Penerbit UPM. KPM. (2017). Dokumen Standart Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam Tingkatan Tiga.Putrajaya. Mohd Arif Kasmo. (1998). Pengukuhan akidah menerusi penghayatan sains dalam Al-Qur‟an dalam kerangka pembangunan akhlak pelajar. Jurnal Pendidikan, Jilid 8(Disember), 1–16. Mohd Zaidi, I. (2019). Aqal Dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM. Mohd Zaidi Ismail. (2013). Kerangka Aqal-Naqal dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Beberapa Catatan Pemerhatian Awal. Kertas Kerja Seminar Pemerkasaan Pengajaran Agama Islam Di Malaysia: Menilai Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam. Anjuran IKIM Dan KPM, 24-25 Sept. Norazilawati, A. (2020). Trend Dan Isu Pendidikan Abad ke-21. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nursafra Mohd Zhaffar. (2017). Kefahaman Dan Amalan Penerapan Pemikiran Kritis Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Norsaleha Mohd. Salleh , Ab. Halim Tamuri & Salleh Amat. (2017). Akidah, Emosi & Spiritual Remaja. Kajang: Penerbit KUIS. Wan Hasan Wan Embong & Kamarul Azmi Jasmi. (2019). Perspektif Baharu Dalam Pengkaedahan Pendidikan Akidah Di Malaysia. Johor Bahru: Penerbit UTM Press |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |