UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Sharipah Ainun Samsudin
Title :Ketepatan aplikasi penanda wacana murid di bandar dan luar bandar dalam aspek kemahiran menulis karangan
Hits :11
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2010
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini mengkaji tahap ketepatan aplikasi penanda wacana murid-murid di bandar dan luar bandar dalam aspek kemahiran menulis karangan. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar-pelajar di Sekolah Menengah St. Michael, Ipoh, Perak dan Sekolah Menengah Dato' Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah, Perak. Pengumpulan data bagi kajian ini dilakukan dengan menggunakan ujian penulisan karangan. Data yang diperoleh pula dianalisis mengikut kaedah frekuensi dan peratusan. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan tahap penguasaan penggunaan penanda wacana dalam penulisan karangan yang memuaskan dalam kalangan responden. Dapatan juga menunjukkan pelajar-pelajar yang bersekolah di bandar mempunyai tahap penguasaan penggunaan penanda wacana yang lebih baik daripada pelajar-pelajar yang bersekolah di luar bandar. Dapatan ini boleh digunakan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam sistem pendidikan di negara ini dalam usaha meletakkan bidang pendidikan di negara kita ke tahap bertaraf dunia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.