UPSI Digital Repository (UDRep)

Penerapan nilai murni melalui teknik bercerita peringkat sekolah di zon Slim River

AVAILABLE Thesis 237 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penerapan nilai murni melalui teknik bercerita peringkat sekolah di zon Slim River
Type
Thesis
Main Author
Rozaimi Ramli
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2010
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat penerapan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu pada peringkat prasekolah. Kaedah kajian yang dilaksanakan dalam kajian ini merupakan kajian kualitatif, iaitu kaedah pemerhatian, transkripsi interaksi, dan temu bual. Responden kajian ini terdiri daripada dua orang guru Bahasa Melayu yang mengajar prasekolah di Zon Slim River. Pemilihan kedua-dua buah sekolah ini adalah berdasarkan sampel rawak bertujuan.Bagi memperoleh dapatan kajian, pengkaji telah membuat rakaman terhadap pengajaran Bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh kedua-dua responden di dalam kelas. Alat rakaman yang digunakan ialah kamera digital berkapasiti 8.2 megapiksel. Hasil rakaman telah dijana menggunakan perisian RealPlayer dan ditranskripsi ke dalam bentuk teks menggunakan Microsoft Office Word 2007. Seterusnya, data ini dianalisis untuk melihat penerapan nilai murni yang dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran di dalam kelas.Selain itu, kaedah temu bual juga digunakan dalam kajian ini bagi mengukuhkan dapatan kajian. Sebanyak 15 soalan telah dikemukakan kepada responden, iaitu mencakupi aspek penerapan nilai murni dan teknik bercerita yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).Daripada kajian yang dijalankan, ternyata guru menerapkan nilai murni dalam P&P. Selain itu, terdapat nilai murni sampingan yang turut diterapkan oleh guru secara langsung mahupun tidak langsung. Bagi pengamalan teknik bercerita dalam pengajaran, kedua-dua responden bersetuju bahawa teknik bercerita sesuai dilaksanakan untuk mengajar murid-murid prasekolah. Perkara ini dapat membuktikan bahawa terdapat kesinambungan penerapan nilai murni dengan teknik bercerita.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.