UPSI Digital Repository (UDRep)

Dasar kurikulum bahasa sebelum merdeka

AVAILABLE Thesis 295 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Dasar kurikulum bahasa sebelum merdeka
Type
Thesis
Main Author
Noriani Bakar
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2004
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menganalisis laporan-laporan dasar bahasa yang ditulis pada zaman sebelum merdeka. Laporan-laporan yang dikaji ialah Laporan Cheeseman (1946), Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951), dan Penyata Razak (1956). Perbandingan dibuat berdasarkan syor-syor dalam Penyata Rahman Talib (1960) yang menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran 1952.Kajian ini seterusnya menjelaskan pelaksanaan kurikulum pendidikan di sekolah rendah pada zaman sebelum merdeka yang merangkumi abad ke-14, abad ke-19, zaman pemerintahan Jepun, dan zaman pemerintahan British. Kurikulum pendidikan di sekolah rendah diperjelaskan melalui sistem pendidikan vernakular Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan pendidikan vernakular Melayu selama enam tahun dan sistem Kelas Melayu Khas di sekolah Inggeris sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah masih diteruskan sehingga merdeka.Jelasnya, sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan oleh British kekal menjadi asas sehingga terbentuknya Dasar Pendidikan Kebangsaan (1961). Kesimpulannya, kajian ini mengupas implikasi semua laporan yang dikaji terhadap peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa pengantar, dan bahasa perpaduan serta peranan kurikulum sebelum merdeka.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.