|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menganalisis laporan-laporan dasar bahasa yang ditulis pada zaman sebelum merdeka. Laporan-laporan yang dikaji ialah Laporan Cheeseman (1946), Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951), dan Penyata Razak (1956). Perbandingan dibuat berdasarkan syor-syor dalam Penyata Rahman Talib (1960) yang menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran 1952.Kajian ini seterusnya menjelaskan pelaksanaan kurikulum pendidikan di sekolah rendah pada zaman sebelum merdeka yang merangkumi abad ke-14, abad ke-19, zaman pemerintahan Jepun, dan zaman pemerintahan British. Kurikulum pendidikan di sekolah rendah diperjelaskan melalui sistem pendidikan vernakular Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan pendidikan vernakular Melayu selama enam tahun dan sistem Kelas Melayu Khas di sekolah Inggeris sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah masih diteruskan sehingga merdeka.Jelasnya, sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan oleh British kekal menjadi asas sehingga terbentuknya Dasar Pendidikan Kebangsaan (1961). Kesimpulannya, kajian ini mengupas implikasi semua laporan yang dikaji terhadap peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa pengantar, dan bahasa perpaduan serta peranan kurikulum sebelum merdeka. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |