UPSI Digital Repository (UDRep)

Kit Organik dalam pembelajaran bentuk molekul kimia bagi pelajar tingkatan empat

AVAILABLE Thesis 184 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kit Organik dalam pembelajaran bentuk molekul kimia bagi pelajar tingkatan empat
Type
Thesis
Main Author
Kamaleswaran Jayarajah
Subject
QD Chemistry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2011
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan Kit Organik konsep bentuk molekul kimia dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Kit Organik dibangunkan dan direka bentuk berasaskan model reka bentuk pengajaran Gagne (1985) dan model reka bentuk alat bantu mengajar tiga dimensi Taba (1962). Tajuk bentuk molekul kimia dipilih dalam kajian ini agar dapat membantu mengatasi kesukaran pelajar mempelajari struktur molekul organik.Kit Organik konsep bentuk molekul kimia direka cipta berasaskan strategi pengajaran dan model-model atom kimia yang dihasilkan selaras dengan minat pelajar. Kit Organik merupakan alat bantu mengajar yang direka dengan menggunakan bahan-bahan yang murah dan mudah diperoleh.Kit Organik konsep bentuk molekul kimia dinilai oleh 97 orang pelajar tingkatan empat dari tiga buah sekolah di daerah Batang Padang, enam orang guru kimia, dan seorang pensyarah universiti. Penilai memberikan maklum balas yang positif terhadap Kit Organik konsep bentuk molekul kimia.Reka bentuk kuasi eksperimen dan prosedur persampelan rawak diaplikasikan dalam kajian ini. Jumlah sampel kajian terdiri daripada seramai 194 orang pelajar, di mana 97 orang pelajar masing-masing dimasukkan dalam kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Data kajian dikutip melalui ujian pencapaian praujian dan pascaujian.Hasil kajian mendapati pengajaran berasaskan Kit Organik memberikan kesan positif yang signifikan terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk bentuk molekul kimia. Analisis ujian-t tak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam pascaujian bagi ketiga-tiga buah sekolah yang dikaji, iaitu (p=0.033), (p=0.022) dan (p=0.040) pada aras signifikan α=0.05.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.