Ciri-ciri karismatik watak remaja feminin dalam novel-novel remaja pilihan
Type
Thesis
Main Author
Amer Hmzah L. Kadir
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2009
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini sedaya mungkin meneroka persoalan berkaitan ciri-ciri karisma yang dimiliki watak-watak remaja perempuan dalam novel-novel remaja Melayu. Karya yang digolongkan sebagai karya untuk remaja berjaya menonjolkan ciri-ciri karisma watak remaja sehingga menuntut pengiktirafan sewajarnya pihak tertentu. Kajian yang lebih berpaksikan psikologi remaja berteraskan Teori Karismatik yang diperkenalkan oleh Max Weber, di samping pandangan ilmiah oleh sarjana lain seperti Bernard M. Bass dan Hunsaker P. L. serta sarjana tempatan. Kajian yang dilakukan secara jelas mengiktiraf novel-novel remaja yang mengutarakan watak-watak remaja berkarisma yang ditonjolkan oleh novel-novel pilihan. Analisis yang dilakukan melibatkan isi dan bentuk novel pilihan membuktikan bahawa pengarang berjaya memasukkan unsur-unsur karisma dan menjadikan watak-watak itu mendominasi keseluruhan naratif dalam novel tersebut. Isi dalam novel remaja pilihan menyerlahkan kepimpinan berkarisma serta mempengaruhi keseluruhan watak-watak lain yang membantu watak utama berfungsi sebagai pemimpin kecil yang berkarisma. Analisis dari sudut bentuk juga mendapati unsur “sebab dan akibat” dan “klimaks” turut menyerlahkan kepimpinan remaja berkarisma dalam novel-novel tersebut. Sehubungan itu, ciri-ciri karisma dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengarang dalam keseluruhan proses menghasilkan novel.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.