Puisi Melayu tradisional sebagai alat komunikasi dalam adat perkahwinan di Negeri Sembilan
Type
Thesis
Main Author
Zalina Ghazali
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2009
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Adat Perpatih merupakan kebudayaan orang Melayu tempatan di Negeri Sembilan. Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, estetika, undang-undang, adat resam, dan segala kebolehan yang dipelajari oleh individu sebagai ahli masyarakat pengamalnya. Sebagai satu kebudayaan, adat Perpatih adalah satu sistem yang kompleks. Sistem ini telah diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan tidak kurang daripada 600 tahun dahulu, iaitu semenjak berlakunya penghijrahan perantau dari Sumatera yang berkemungkinan besar dikatakan sebagai orang Minangkabau.Dalam tempoh yang begitu panjang, meskipun adat ini telah mengalami pelbagai perubahan, namun adat istiadat yang berteraskan nasab ibu masih dipelihara dan diamalkan dalam masyarakat di Negeri Sembilan. Kesinambungan kebudayaan adat Perpatih ini adalah melalui tradisi lisan. Tradisi lisan yang terkenal di Negeri Sembilan adalah teromba.Sementara itu, adat istiadat perkahwinan yang dijalankan di Negeri Sembilan mempunyai perbezaan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Adat istiadat tersebut amat simbolik dan harmonis kerana setiap tatacara istiadat perkahwinan diiringi dengan kata-kata puitis, terutama dalam bentuk puisi teromba. Konsep yang menjadi tunjang kepada perjalanan adat istiadat perkahwinan ini adalah muafakat, persefahaman, kerjasama, dan gotong-royong. Setiap aktiviti yang dijalankan daripada awal hingga akhir dilaksanakan tanpa pengecualian walaupun seorang ahli. Keadaan ini menggambarkan keutuhan persatuan dan keharmonian masyarakatnya
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.