|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Adat Perpatih merupakan kebudayaan orang Melayu tempatan di Negeri Sembilan. Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, estetika, undang-undang, adat resam, dan segala kebolehan yang dipelajari oleh individu sebagai ahli masyarakat pengamalnya. Sebagai satu kebudayaan, adat Perpatih adalah satu sistem yang kompleks. Sistem ini telah diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan tidak kurang daripada 600 tahun dahulu, iaitu semenjak berlakunya penghijrahan perantau dari Sumatera yang berkemungkinan besar dikatakan sebagai orang Minangkabau.Dalam tempoh yang begitu panjang, meskipun adat ini telah mengalami pelbagai perubahan, namun adat istiadat yang berteraskan nasab ibu masih dipelihara dan diamalkan dalam masyarakat di Negeri Sembilan. Kesinambungan kebudayaan adat Perpatih ini adalah melalui tradisi lisan. Tradisi lisan yang terkenal di Negeri Sembilan adalah teromba.Sementara itu, adat istiadat perkahwinan yang dijalankan di Negeri Sembilan mempunyai perbezaan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Adat istiadat tersebut amat simbolik dan harmonis kerana setiap tatacara istiadat perkahwinan diiringi dengan kata-kata puitis, terutama dalam bentuk puisi teromba. Konsep yang menjadi tunjang kepada perjalanan adat istiadat perkahwinan ini adalah muafakat, persefahaman, kerjasama, dan gotong-royong. Setiap aktiviti yang dijalankan daripada awal hingga akhir dilaksanakan tanpa pengecualian walaupun seorang ahli. Keadaan ini menggambarkan keutuhan persatuan dan keharmonian masyarakatnya |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |