UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberadaan kesusasteraan Melayu dalam dunia siber

AVAILABLE Thesis 254 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Keberadaan kesusasteraan Melayu dalam dunia siber
Type
Thesis
Main Author
Yusri Yasin
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2010
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kemunculan laman web kesusasteraan Melayu di dalam dunia siber merupakan satu petanda bahawa kesusasteraan Melayu telah mula berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat keberadaan kesusasteraan Melayu di alam siber. Bagi tujuan tersebut, dua objektif ditetapkan, iaitu (1) mengenal pasti jenis-jenis kesusasteraan Melayu dalam alam siber dan (2) mengetahui penglibatan penulis-penulis di alam siber. Perspektif kajian ini juga merangkumi genre kesusasteraan Melayu yang terdapat di alam maya dan penulis-penulis yang terlibat dalam sastera siber. Kajian ini juga merupakan sebuah kajian deskriptif dan data bagi kajian ini dikutip melalui kaedah historikal di mana laman-laman sesawang kesusasteraan Melayu merupakan sumber data utama. Dua enjin carian iaitu Yahoo dan Google merupakan alat bagi mengumpul maklumat berkaitan keberadaan kesusasteraan Melayu di alam siber. Setelah itu, data yang dikumpul dianalisis secara historikal dan dibincangkan secara deskriptif.Hasil analisis kajian ini menjawab kedua-dua persoalan kajian. Kesemua genre iaitu Prosa Melayu Klasik, Prosa Melayu Moden, puisi Melayu Klasik, puisi Melayu Moden serta Drama juga boleh diakses di alam siber. Analisis ini turut menunjukkan bahawa penulis-penulis juga didapati terlibat dalam kewujudan kesusasteraan Melayu di alam siber. Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk pelajar, guru serta masyarakat. Mereka disarankan supaya melibatkan diri dalam penggunaan bahan sastera di laman web serta menulis di laman web supaya bahan sastera di laman web dapat diperkayakan

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.