UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Yahya Osman
Title :Konflik interpersonal semasa interaksi melalui komunikasi perantaraan komputer (CMC) dalam persekitaran pembelajaran konstruktif
Hits :11
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2011
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Teknologi komunikasi perantaraan komputer (computer mediated communication [CMC]) telah diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran secara meluas dalam kalangan generasi Y sama ada secara sikroni atau tidak sikroni. Namun, interaksi melalui CMC telah menyebabkan berlaku konflik interpersonal kerana sifatnya serta perbezaan latarbelakang individu. Perbezaan personaliti dan pendekatan pembelajaran memberi kesan kepada pemilihan pola pengurusan konflik oleh individu. Oleh itu fokus kajian ini adalah untuk menentukan kesan lokus kawalan dan pendekatan pembelajaran konstruktif ke atas lima (5) jenis pola pengurusan konflik individu iaitu bersaing, elakan, akomodasi, kompromi dan kolaborasi. Kajian percubaan ini telah menggunakan reka bentuk faktorial 2x2 dengan ujian pasca sahaja. Model Pembelajaran dalam talian Salmon telah digunakan dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Tiga instrumen digunakan dalam kajian iaitu Intellectual Achievement Responsibility Questionnaire, Interpersonal Conflict Management Inventory dan Soal Selidik Ukuran Kualiti Program Dalam Talian. Sampel kajian terdiri daripada 126 orang pengguna Internet sukarela dalam kalangan pelajar dewasa dari dalam dan luar negara dengan pemilihan sampel menggunakan reka bentuk rawak blok pada aras p=2. Kumpulan pembelajaran konstruktif berpandu menggunakan modul latihan asertif dan koperatif manakala kumpulan pembelajaran konstruktif bebas tidak menggunakan modul dalam sesi pembelajaran melalui CMC sinkroni (chat) dan tidak sinkroni (web). Hasil ANOVA dua hala mendapati nilai min pola bersaing, akomodasi, dan elakan, bagi kumpulan konstruktif bebas signifikan (p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.