UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author : Syed Kamaruzaman Syed Ali
Title :Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 bagi tunjang kecergasan fizikal berdasarkan model penilaian Stufflebeam
Hits :14
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2012
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani (PJ) Tingkatan 4 bagi tunjang kecergasan fizikal di sekolah menengah daerah Gombak, Selangor. Penilaian adalah berdasarkan kepada Model penilaian Stufflebeam (2000) iaitu dari dimensi konteks, sumber, proses, dan hasil. Data dikumpul melalui soal selidik, temu bual (senarai semak berstruktur), pemerhatian (senarai semak berstruktur), analisis dokumen (senarai semak), dan temubual open ended question. Kajian ini melibatkan 50 orang guru opsyen PJ sebagai responden. Dapatan kajian bagi dimensi konteks menunjukkan pengetahuan guru PJ adalah pada tahap sederhana (M=3.57; SP=0.53), tetapi pengetahuan tentang matlamat (M=3.67;SP=0.34) dan objektif (M=3.76;SP=0.64) adalah pada tahap tinggi. Berdasarkan kepada temubual, guru PJ dapat memahami dengan jelas tentang matlamat dan objektif PJ. Pada dimensi sumber, tahap perancangan dan persediaan mengajar guru PJ adalah tinggi (M=3.97; SP=0.81). Seterusnya, dapatan bagi dimensi proses secara keseluruhannya menunjukkan 79% daripada 50 orang guru PJ ada melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui temubual juga, didapati guru PJ telah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang meliputi strategi pengajaran dan pembelajaran, penggunaan sumber dan bahan pengajaran, penggunaan kemudahan dan peralatan, dan pelaksanaan penilaian. Bagi dimensi hasil, didapati pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 bagi tunjang kecergasan fizikal adalah pada tahap sederhana (M=3.55; SP=0.24). Dengan menggunakan analisis korelasi Canonical, didapati wujud perkaitan di antara dimensi konteks, sumber, proses dan hasil[Wilk s Lamda = .50131, F (4, 92.00) = 9.48436, p < 0.01]. Berdasarkan kepada temubual juga, didapati semua responden telah menyatakan bahawa keempat-empat dimensi tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Keputusan korelasi Pearson Product-Moment menunjukkan terdapat hubungan yang tinggi dan positif serta signifikan di antara dimensi konteks dengan hasil (r = .52; p < 0.01); hubungan yang tinggi dan positif serta signifikan di antara dimensi sumber dengan hasil (r = .50; p < .01); dan hubungan yang sederhana dan positif serta signifikan di antara dimensi proses dengan hasil (r = .30; p < .05). Analisis data temubual juga menunjukkan wujud hubungan antara ketiga-tiga dimensi itu dengan dimensi hasil. Akhir sekali, melalui analisis ujian Regresi Pelbagai, didapati  dimensi konteks (B= .469, t = 4.146, p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.