UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Article
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Wan Muhammad Hafizuddin Wan A. Halim
Additional Authors :
  • Abdul Jalal Abdul Manaf
  • Abd Rahman Abd Ghani
Title :Analisis kesalahan sebutan Huruf-huruf Al-Quran dalam kalangan pelajar dewasa di Pusat-pusat Pengajian Al-Quran Zon Utara semenanjung Malaysia
Hits :20
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Isu kelemahan dalam melafazkan huruf-huruf al-Quran secara sempurna dan tepat dilihat masih berlaku dalam kalangan pelajar dewasa di pusat-pusat pengajian al-Quran walaupun telah melalui bimbingan bacaan al-Quran untuk satu tempoh masa yang tertentu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis huruf-huruf al-Quran yang dilafazkan secara tidak tepat dari sudut makhraj, sifat dan lahjah dalam kalangan pelajar dewasa di pusat pengajian al-Quran dewasa di PPQM Quranic Centre, Tartil Centre dan Al-Jazari Centre. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Data telah dikumpul dengan intrumen set ujian kualiti bacaan dari enam kategori ayat al-Quran yang dijalankan terhadap 70 responden yang terdiri daripada pelajar dewasa yang sedang menyertai program Talaqqi al-Quran Riwayat Hafs One To One di PPQM Quranic Centre, Tartil Centre dan Al-Jazari Centre. Keputusan ujian mendapati 20 huruf yang disebut secara tidak tepat oleh responden yang mana huruf tertinggi adalah huruf Zai (75.7%) diikuti Dhad (72.8%). Huruf terendah adalah huruf Ta (7.1%) diikuti huruf Shin (8.5%). Kajian juga mendapati tiga bentuk kesalahan sebutan huruf-huruf al-Quran yang mana yang tertinggi adalah ketidaksempurnaan sifat huruf iaitu melibatkan 14 huruf (70%), diikuti kecenderungan lahjah bukan kearaban sebanyak 11 huruf (55%) dan ketidaktepatan makhraj huruf melibatkan 9 huruf (45%). Implikasi kajian meunjukkan keperluan kepada pihak-pihak yang berkaitan dalam merancang dan melaksanakan pengajaran yang berkesan dalam meningkatkan kualiti sebutan huruf-huruf al-Quran secara lebih bersasar dalam kalangan orang dewasa di Malaysia. Kata kunci: Huruf al-Quran, makhraj huruf, sifat huruf, pusat pengajian al-Quran

References

Abu Shamah ‘Abd al-Raḥman bin Isma‘il (2009). Ibraz al-Ma‘ani min Ḥirz al-Amani. ed. Jamal al-Din Muḥammad Sharaf. Ṭanṭa: Dar al-Ṣaḥabah.

Al-Jazari, Muhammad bin Muhammad. 2002, al-Nashr Fi al-Qiraat al-Ashr, Tanta: Dar al-Sahabah.

Al-Mirṣafi ‘Abd al-Fattaḥ bin Sayyid ‘Ajmi. t.t. Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari. cet. ke-2. Madinah: Maktabah al-Ṭayyibah.

Al-Zarqani, Muhammad Abd al-‘Azim. 1988. Manahil al-‘Irfan Fi Ulum al-Qur’an, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Azarudin Awang, Azman Che Mat dan Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub. Tahap Pembacaan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Di UiTM Terengganu. AJTLHE Vol. 3, No.2, 83-100.

Harun Baharuddin. 2009. Penguasaan Sebutan Konsonan Arab Dari Segi Makhraj dalam Kalangan Pelajar Prasekolah. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kamarulzaman Abdul Ghani dan Nik Mohd Rahimi.2000. Pengaruh Bahasa Melayu ke Atas Penguasaan Sebutan Bahasa Arab dan Tilawah al-Quran. Sari. 18: 67-79.

Mahmud Rafat. 2008. Al-Fawaid al-Jaliyyah. Kaherah: Maktabah al-Rasheed.

Mohamad Nasir & Rubiyah Haron. 1997. Tahap Penguasaan Bacaan al-Quran di Kalangan Guru Pelatih Bukan Pengkhususan Pengajian Agama Islam. Alor Setar: Institut Perguruan Darul Aman.

Mohd Hasbie al-Shiddique, Khairul Anuar Mohamad dan Norazman Alias. 2018. Pengamalan Ilmu Tajwid Dalam Pengajian Talaqqi al-Quran Bersanad, Jurnal Darul Quran JAKIM, Bil. 22.

Mohd Hasbie al-Shiddique, Khairul Anuar Mohamad dan Samer Najah. 2019. Talaqqi al-Quran Bersanad: Satu Tinjauan di Pusat Pengajian al-Quran. Jurnal Qiraat, VOL 2, Bil 1.

Mustapha Kamil Che Pa. 2001. Pencapaian tajwid di kalangan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz: Satu kajian kes. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nur Afifah Aminuddin Zaki. 2012. Masalah Sebutan Bunyi Vokal Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Melayu di IPTA. Tesis Sarjana, Pengajian Bahasa Moden, Universiti Malaya.

Sabariah Othman. 2011. Masalah penyebutan huruf al-Quran di kalangan saudara baru: Satu kajian kes. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sapie Sabilan, et.al (2018). Analisis Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran Murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Berdasarkan Model Khatam Al-Quran Dan Model Tasmik J-Qaf.

Surur Shahbuddin bin Hassan, Muhammad Azhar bin Zailaini. 2015). Bentuk-bentuk Kesalahan Bacaan al-Quran pelajar di Sebuah IPTA. The Online Journal Of Islamic Education, 3(2). 1-9.

Zainatunakmar Abdul Manap. 2012. Tahap Penguasaan Kemahiran Tilawah Al-Quran di Kalangan murid-murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1), Laporan Akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajaran, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Zainora Daud, Shaharuddin Saad dan Hayati Hussin. 2018. Tahap Keberkesanan Ilmu Tajwid: Analisis Terhadap Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangor. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, Vol. 2.

Zarima Mohd Zakaria. 2018. Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan Guru Bahasa Arab Dalam Pengajaran Konsonan Arab. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.