| 
               
              UPSI Digital Repository (UDRep)               
              
             | 
            
               | 
          
                        
  | 
                    
                        
  | 
                    ||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun | 
| Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan soal selidik Pembudayaan Inovasi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) berdasarkan analisis faktor. Berdasarkan penerokaan kajian lepas, konstruk dan item yang dikenalpasti menyumbang kepada Pembudayaan Inovasi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah TS25 berjaya dibangunkan. Soal selidik telah disahkan melalui kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen yang melibatkan 9 orang pakar, manakala kesahan konstruk dan kebolehpercayaan Alpha Cronbach serta faktor analisis instrumen telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 26.0. Seramai 120 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah TS25 terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati keputusan ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett terhadap semua angkubah adalah signifikan dengan nilai KMO=0.911 (p = 0.000), yang menunjukkan nilai 0.90 ke atas adalah amat baik. Keputusan ini menunjukkan bahawa semua angkubah mempunyai nilai faktorabiliti yang mencukupi dan analisis faktor boleh diteruskan. Muatan faktor bagi setiap item berada pada pada julat 0.712 hingga 0.949, manakala keputusan analisis Alpha Cronbach adalah 0.91. Keputusan kesahan dan kebolehpercayaan yang baik mengesahkan soal selidik ini sesuai diaplikasikan dalam kajian sebenar.
Kata kunci: Instrumen, Pembudayaan inovasi pengajaran, Analisis faktor | 
| References | 
Awang, Z. (2012). Structural Equation Modeling Using AMOS Graphic. Penerbit Universiti Teknologi MARA. Bahkia, A. S., Awang, Z., Afthanorhan, A., Ghazali, P. L., & Foziah, H. (2019). Exploratory Factor Analysis on Occupational Stress in Context Of Malaysian Sewerage Operations. AIP Conference Proceedings, 2138, Article 050006. Barbara G. Tabachnick & Linda S. Fidell (2013). Using Multivariate Statistics, 6th Edition California State University, Northridge. DeVellis, R. F. (2003). Scale Development Theory and Applications. (2nd ed.). Thousand Oaks, California: Sage Publications. Franz Rosenthal (2005). Ibnu Khaldun The Muqaddimah, An Introduction To History. Bollingen series, Princeton. Gay L.R., Peter W. Airasian. (2003). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications. (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson. Ghazali Darusalam & Sufean Husin (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan Dan Analisis Kajian, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hair Jr, J. F., Hult, G. T. M., Ringle, C. & Sarstedt, M. (2014). A Premier On Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Sage Publications. Hoque, A. S. M. M.; Siddiqui, B. A.; & Awang, Z. (2018). Technopreneurial Competency Effect on Technology-based SME Performance: A Structural Equation Modelling on Bangladeshi SMEs. International Journal of Entrepreneurship and Small & Medium Enterprise (IJESME), 5(July). Ibnu Khaldun, (1993) Muqaddimah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Ibnu Khaldun, (2002) Muqaddimah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Konvensyen Kebangsaan Program Transformasi Sekolah (TS25). Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Bin Kassim (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Komposisi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Renfdah Yang Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Melalui Pengajaran Akidah. Sains Humanika 10: 3 (2018) 1–8. Nunnally, J. C. & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory (3rd ed.). New York: McGraw-Hill. Shkeer, A. S., & Awang, Z. (2019). Exploring the Items for Measuring the Marketing Information System Construct: An Exploratory Factor Analysis. International Review of Management and Marketing, 9(6), 87-97. Tabachnick, B. G. & Fidell, L. S. (2007). Using Multivariate Statistics (5th ed.). New York: Allyn and Bacon. Tabachnick, B. G. & Fidell, L. S. (2019). Using multivariate statistics (7th ed.). New York: Pearson Education. Zaidi Saleh, Jamilah Ahmad & Yahya Buntat (2021). Proses Awal Pembinaan Instrumen Pemikiran Kreatif Bagi Guru Besar, Jurnal Dunia Pendidikan Vol. 3, No. 2, 210-224.  | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.  |