|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Darul Quran JAKIM merupakan satu institusi pengajian tahfiz yang banyak melahirkan para pelajar menghafal al-Quran dengan kurikulum yang sistematik. Menariknya, para pelajar dan graduan di institusi ini turut meliputi golongan orang kurang upaya (OKU). Walau bagaimanapun, pelajar Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) di Darul Quran, JAKIM merupakan golongan minoriti yang mempelajari ilmu Qiraat. Pelajar OKUMP yang mengikuti program Diploma Tahfiz wal Qiraat perlu mempelajari ilmu Qiraat di semester satu dan dua. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh OKUMP dalam mempelajari ilmu Qiraat. Pengkaji menggunakan metode kajian iaitu kualitatif melalui temubual secara atas talian bagi mengetahui cabaran yang dihadapi oleh pelajar OKUMP dalam mendalami ilmu Qiraat. Seramai 16 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan alumni OKUMP Darul Quran telah memberi respon dan kerjasama yang baik sepanjang kajian dijalankan. Hasil kajian mendapati tiga cabaran utama yang dihadapi oleh pelajar OKUMP dalam memahami ilmu Qiraat iaitu kitab Qiraat Braille, asas Bahasa Arab dan kaedah pengajaran guru. Pelajar OKUMP perlu diberi perhatian lebih berbanding dengan pelajar normal yang lain agar ilmu Qiraat dapat difahami dengan baik oleh mereka.
Kata Kunci: Pelajar Kelainan Upaya Masalah Penglihatan, cabaran, ilmu Qiraat |
| References |
Abdullah, A. H. B., Sulaiman, A. A. B., & Abdullah, W. I. B. W. (2015). Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi terhadap pembelajaran bahasa Arab. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 10, 104. Adnan, M. F. R. B., & Zaharudin, R. (2021). The Importance of Al-Quran E-Braille on Improving the Achievement of Students with Special Needs with Visual Impairment: Kepentingan Al-Quran E-Braille terhadap peningkatan pencapaian Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14(2), 19-27. Ahmad Yunus Mohd Noor (2016). Cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an Braille di Kompleks Malaysian Association for the Blind (MAB). Islamiyyat 38(1), 15-24. Asiah Ahmad. (2012). Mengenal dan Menangani Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Harun, S. I. D. M. (2011). Perkembangan Ilmu Qiraat di Malaysia dan Keperluannya di Institusi Pengajian Tinggi. In Seminar Qiraat Peringkat Kebangsaan UIAM, 19-20. Hashim, A. H. M., Ibrahim, H., Hassan, N., & Zait, N. M. (2021). Perlaksanaan Temubual Dalam Talian Bagi Calon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) UTM: Online Interview Implementation for Bachelor of Education Candidates (ISMP) UTM. Sains Insani, 6(1), 227-231. Jaafar, N. N., & Kadir, K. A. (2008). Pengajaran Braille al-Quran di Malaysia: Sejarah dan perkembangannya. In Prosiding Seminar Warisan al-Quran dan Hadis Nusantara, 221-228. Jaafar, N., Raus, N. M., Toure, A. K., Ahmad, A. M., Rasdi, M. N. A., & Muhamad, N. A. F. (2016). Faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar berkeperluan khas (penglihatan) dalam menghafaz al-Quran: Kajian di Darul Quran, JAKIM. Journal of Ma alim Al-Quran Wa Al-Sunnah 11 (12), 109-127. Muhammad Zaid Shamshul Kamar, M. Z., Mohamad, M. R., & Abdul Manaf, M. F. (2020). Sejarah Pembelajaran Ilmu Qiraat Di Darul Quran: Satu Pemerhatian. Jurnal Qiraat. 3(1), 15-36. Noor, M., & Yunus, A. (2016). Cabaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran al-Qur'an Braille di Kompleks Malaysian Association for the Blind (MAB). Islāmiyyāt: International Journal of Islamic Studies, 38(1), 15-24. Rahman, A. A., Shamsuddin, S. S. S., Nozlan, N. N., Shakor, M. F. A., & Sukari, A. (2021). Pandemik COVID-19: cabaran pengajaran dan pembelajaran (pdp) pendidikan Islam dalam pendidikan khas bagi pelajar orang kurang upaya (oku) masalah pembelajaran di Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs 5 (1), 46-63. Sabri Mohamad (2016). Pengaruh ilmu qira’at dalam pengajian Islam. Jurnal al-Turath 1(1), 1-12. Temubual bersama Ahmad Qusairy bin Mat Zizi, Alumni Darul Quran JAKIM, 4 Mac 2024. www.moe.gov.my (Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia). Yusoff, M. A., & Adnan, M. A. M. (2008). Bahasa Arab Sebagai Bahasa Ilmudan Peradaban: Satu Kajian dari Sudut Keistimewaannya. Jurnal Usuluddin, 27, 157-167. Zetty Nurzuliana Rashed, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Hazlin Falina Rosli, Zur’ain Harun & Azmi Azwan Mohammad Azmi (2021). Penelitian terhadap pengajaran dan pembelajaran al-Quran braille: Satu Analisis. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs 5, 71-79. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |