UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi
Additional Authors :
  • Masturina Zulkifeli
Title :Implimentasi program pendidikan terapi Al-Quran dan ibadah dalam kalangan pelajar autisme di akademi Al-Quran Ar-Rayyan
Hits :9
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Program Pendidikan Terapi Al-Quran dan Ibadah dalam kalangan pelajar autisme merupakan satu inisiatif yang direka untuk membantu pelajar autisme memahami dan menghayati ajaran Al-Quran serta ibadah. Ia dilaksanakan dengan tujuan untuk perkembangan kognitif, emosi, dan spiritual pelajar autism dengan kaedah yang sesuai dengan kemampuan dan keperluan khas mereka. Ini kerana, kanak-kanak dengan spektrum autisme sering menghadapi pelbagai cabaran dalam pembelajaran tradisional, termasuk dalam pendidikan agama. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan, pendekatan dan keberkesanan strategi yang dilaksanakan bagi kanak-kanak autisme menerusi Program Pendidikan Terapi Al-Quran dan Ibadah yang dilaksanakan oleh Akademi Al Quran Ar-Rayyan (AQR). Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan rekabentuk kajian kes, pengumpulan data menerusi temu bual mendalam dengan guru-guru Al-Quran yang berpengalaman mengajar kanak-kanak autisme, serta pemerhatian langsung dalam kelas-kelas khas. Ia kemudiannya dianalisis secara tematik berdasarkan corak dan dilema. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Program Pendidikan Terapi Al-Quran dan Ibadah kepada pelajar autisme di AQR memberi impak positif kepada pelajar walaupun terdapat cabaran dan masalah yang dihadapi oleh guru dan pihak sekolah. Pendekatan yang bersifat individualisasi, penggunaan alat bantu teknologi, dan teknik visualisasi dapat meningkatkan pemahaman dan penglibatan kanak-kanak autisme dalam pembelajaran Al-Quran dan ibadah. Selain itu, peranan keluarga dan persekitaran sosial yang menyokong juga sangat penting dalam memastikan kejayaan pembelajaran. Implikasi daripada kajian ini menekankan pentingnya latihan khusus bagi meningkatkan kemahiran pedagogi dan teknik pengajaran guru serta penyediaan sumber yang mencukupi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif. Dengan penerapan strategi yang tepat, kanak-kanak autisme dapat mencapai kemajuan yang signifikan dalam pemahaman dan amalan keagamaan mereka, seterusnya membolehkan mereka menjalani kehidupan spiritual yang lebih bermakna. Kata Kunci : Terapi al-Quran, Pelajar Autisme, Orang Kelainan Upaya (OKU), Pendidikan Khas, Pendidikan Inkusif

References

Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Berita Harian. Al-Quran Sinari Hidup Zubaili Sejak Zaman Kanak-Kanak. Dicapai pada 15 November 2023, di https://www.bharian.com.my/bhplus- old/2016/05/152350/al-quran-sinari-hidup-zubaili-sejak-zaman-kanak-kanak

Boyatzis, Richard E. (1998) Transforming Qualitative Information; Thematic Analysis and Code Development. London: Sage Publication.

Chamalah, Evi dan Meilan Arsanti (2017). Al-Quran Speech Therapy for Children with Autism. Jurnal Pendidikan Humaniora. 5(2):58-63.

Grandin, T. (1995). How people with autism think. In E. Schopler & G. B. Mesibov (Eds.), Learning and cognition in autism (pp. 137–156). Plenum Press.

Hasnah Toran, Salmiah Bujang & Fadliana Chiri. (2013). Pengajaran Berstruktur. Malaysia : Penerbit UKM. 11.

Kalbin Salim. (2018). Pengantar Kajian Kualitatif. Pengolahan Data Kualitatif Dengan NVivo 12. (pp. 2-12). Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatif. Kertas Kerja, Institusi Pendidikan Guru Malaysia, Johor Bahru.

Mohd Aizat Shamsuddin. (2018). Anak Autisme Perlu Didikan Agama. Dicapai pada 19 November 2023, di https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian- malaysia/20180928/282076277798671

Mohd Syukri Zainal Abidin, Che Zarrina Sa’ari & Mohammad Hilmi Abdul Rahman. (2018 B). Cadangan Modul Zikir Untuk Amalan Kanak-Kanak Autistik Muslim. Online Journal Research in Islamic Studies. Jil. 4. Bil. 2. Malaysia : Universiti Malaya.

Mohd. Said, Mohd. Rizal and Arshad, Muallimah (2010) Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah, Daerah Kota Tinggi, Johor. Hal. 1-8.

Mufti Wilayah Persekutuan. (2018). Bayan Linnas Siri Ke-150 : Fiqh dan Penyelesaian Isu Autisme. Dicapai pada 17 November 2023, di https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2642-bayan-linnas-siri-ke- 150-fiqh-dan-penyelesaian-isu-autisme-2?templateStyle=17

Muhammad Haziq Mohd Sharif & Nurul Akma Jamil (2019)Cabaran Ibu Bapa Bersama Kanak-Kanak Kecelaruan Spektrum Autisme (Asd): Tinjauan Literatur. Jurnal Sains Sosial : Malaysian Journal of Social Science. Jilid. 4 (1) 2019: 33-43

Nevid, Jeffrey S; Rathus, Spencer A; Greene, Beverly 2005. Abnormal psychology in a changing world. Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall

Noornajihan Jaafar, Norakyairee Mohd Raus, Nik Ahmad Farid Nik Shabery & Nurutthoilah Mohd Nabil. (2022). Inspirasi Dakwah Bagi Oku Dari Kisah Ibnu Ummi Maktum :

Pengalaman di Yayasan Faqeh. The 8th International Prophetic Conference (SWAN 2020), USIM, Negeri Sembilan.

Noornajihan Jaafar, Rezki Perdani Sawai, Joki Perdani Sawai & Siti Ramna Kamarududin. (2020). Ruqyah Syariyyah Dan Regulasi Emosi Anak-Anak Autisme. Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN), USIM, Negeri Sembilan.

Norfishah Mat Rabi. (2015). Rahsia Dan Keunikan Personaliti Kanak-Kanak Autistik Di Malaysia (Penerbit USM). Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia Press.

Nurhasyimah Mohd Salleh. (2022). Intervensi Amalan Zikir dan Analisis Kesejahteraan Subjektif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Amalan Terbaik Dalam Pendidikan Khas dan Inklusif. Jil. 1. Melaka : T.P.

Nurhayati Syazwani Zulkafli, Latifah Abdul Majid & Hamdi Ishak. (2018). Inovasi Perubatan Melalui Terapi al-Quran Terhadap Kanak-Kanak Autisme. Dalam Jurnal al-Turath. Jil. 3. Bil. 2. Selangor: UKM.

Nurul Afisah Hussin, Izuli Dzulkifli, Haziyah Hussin & Hamdi Ishak. (2023). Sorotan Literatur Bersistematik Kesan Bacaan al-Quran Sebagai Terapi Kepada Orang Kurang Upaya. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs. 7 December 2023. Jil. 7. T.T.P : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salmihah Che Mud, Fariza Md Sham, Manisah Mohd Ali & Zuliza Mohd Kusrin. (2018). Kepentingan Pengajaran al-Quran Untuk Perkembangan Psikologi Anak- Anak Autisme. Dalam International Journal for Studies on Children, Women, Elderly and Disabled. Jun. Jil. 4. Selangor : UKM.

Seeridaram, A., & Rashid, S. M. M. (2023). The Impact of Pressure Upon Parents in Raising Children Diagnosed with Autism Spectrum Disorders. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 13(1), 940 – 953.

Sinar Harian. Usah Nafikan Hak Anak Autisme Pelajari Ilmu Allah. Dicapai pada 17 November 2023, di https://www.sinarharian.com.my/article/38550/sinar- islam/usah-nafikan-hak-anak-autisme-pelajari-ilmu-allah

Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru Dalam Program Pendidikan Inklusif di Sekolah. Dalam Asian People Jurnal. Jil. 1. Bil.2. Kelantan : UNISZA.

Siti Izani, I., Sathya, M., & Anis, S. R. (2017). Pembangunan perisian aplikasi bagi kanak-kanak autistik: Pendekatan pembelajaran di rumah. Advanced Journal of Technical and Vocational Education, 1(1), 230-239.

Siti Masidayu Jaafar Shah, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar (2016) Mengubahsuai Tingkah Laku Murid Autisme Yang Suka Keluar Kelas Semasa Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Islam Menggunakan Kaedah Peneguhan Positif Menerusi Pujian dan Ganjaran. Seminar Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) Peringkat Negeri Johor. At: JPN Negeri Johor. Volume: 1.

Wan Nasyrudin Wan Abdullah & Hisham Bin Ahmad. 2013. Aku Bersyukur Anakku Autisme. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Williams, D. (1996) Autism: An Inside-Out Approach. London: Jessica Kingsley.

Zainoriza Zainun, Abdul Halim Masnan, AHmad Zulfadli Ahmad Bakri, Asiah @ Nursyahira Jupari @ Jupry, Siti Aishah Aspani, Nurul Aini Hassan & Zalizah Zawawi. (2019). Pengetahuan, Sikap dan Persepsi Masyarakat Tentang Kanak- Kanak Autism Spectrum Disorder (ASD). Dalam Southeast Asia Early Childhood Journal. Jil. 8. Bil. 1. Perak : UPSI.

Zuraini Yaakub Zuliza Mohd Kusrin (2015) Amalan Intervensi terhadap Perilaku Seksual Remaja Autistic Spectrum Disorders (ASD) oleh Guru Program Pendidikan Khas Intergrasi

(PPKI) Menurut Syarak. ISLAMIYYAT 37(2) 2015: 163 - 172 (http://dx.doi.org/10.17576/islamiyyat-2015-3702-08)


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.