|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Fatwa-fatwa membabitkan akidah contohnya pengharaman ajaran-ajaran sesat yang serta ideologi yang bertentangan dengan Islam seperti Al-Arqam, Syiah, Hizbut Tahrir, Qadiani, liberalism, pluralism, anti-hadith, Islamic State dan lain-lain telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) agar ketetapan tersebut menjadi garis panduan kepada umat Islam khususnya belia Islam agar tidak terlibat dengan perkumpulan-perkumpulan berkenaan. Ketetapan fatwa telah dikeluarkan, namun persoalannya ialah adakah belia Islam mengetahui tentang fatwa pengharaman ajaran dan ideologi menyeleweng yang banyak tersebar di Malaysia pada ketika ini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman fatwa akidah dalam kalangan belia Islam di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan kaedah tinjauan (survey) dengan menggunakan instrumen soal selidik dalam mengutip data. Konstruk instrumen kajian dibina berdasarkan fatwa akidah sedia ada yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. Seramai 1099 orang belia berumur 17 hingga 20 tahun dipilih sebagai responden dengan kaedah persampelan kelompok berstrata. Dapatan kajian menunjukkan terdapat item-item yang menunjukkan belia mempunyai tahap kefahaman yang tinggi seperti isu Valentine’s Day. Terdapat juga item yang menunjukkan kefahaman belia pada tahap sederhana seperti isu liberalism, sekularism, anti hadith dan ada item yang pada tahap rendah seperti item mengenai Hizbut Tahrir dan Qadiani. Implikasi kajian, JMNS perlu menggunakan strategi penyampaian fatwa yang lebih efektif bagi golongan belia yang aktif menggunakan internet dan media sosial baharu bagi memastikan golongan ini mendapat maklumat fatwa terkini dengan tepat.
Kata kunci: Fatwa, akidah, belia Islam, Selangor |
| References |
Ahmad Hidayat Buang & Che Rozaihan Che Rosli (2017) Persepsi dan Penerimaan Mahasiswa Terhadap Fatwa Negeri Selangor, Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 9 (1) 129 – 147. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003. Farahwahida Mohd Yusoff (2005). Keberkesanan Pelaksanaan Fatwa dalam Menangani Aliran-Aliran Kepercayaan di Malaysia: Kajian Kes Terhadap al-Arqam dan Ahmadiyah Qadiani. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Harian Metro, Ajaran Sesat Qadiani Bebas Berkembang, 27 September 2017, https://www. hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/267432/ajaran-sesat-qadiani-bebas berkembang (akses 1 November 2023). Irwan Mohd Subri, Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Azman Ab. Rahman, Zaharuddin Zakaria, Ahmad Wifaq Mokhtar dan Anas Mohd Bukhari (2017). Penerimaan dan Kepatuhan Masyarakat Muslim di Selangor Terhadap Fatwa-fatwa Akidah yang telah Diputuskan. Laporan Akhir Penyelidikan. Jabatan Mufti Negeri Selangor. Jabatan Mufti Negeri Selangor (t.t). Himpunan Fatwa. Jabatan Mufti Negeri Selangor: Shah Alam. Jamal Ahmed Badi (2003). Towards A Comprehensive Understanding of Da’wah to Muslim Youth. Jurnal Usuluddin 18 (2):149-60. Kamarudin Ahmad, Azman Md Zain, Mohd Nizho Abdul Rahman, Mohd Akram Dato’ Dahaman @ Dahlan, Solahuddin Abdul Hamid, Zulhilmi Paidi & Mohd Hilmi Hamzah (2018). Penerimaan Masyarakat Terhadap Keputusan Fatwa Jabatan Mufti Kelantan Berdasarkan Model Penilaian Kirkpatrick: Satu Kajian Awal. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018 (PASAK3 2018), 23-24 April 2018. Bandar Seri Putra: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Kashyap, R., & Lewis, V.A (2013). British Muslim Youth and Religious Fundamentalism: A Quantitative Investigation. Ethnic and Racial Studies, 36: 2117-2140. http://dx.doi.org/10.1080/01419870.2012.672761. (akses pada 5 April 2017). Mohamed Fairooz Mohamed Fatillah, Mohamad Fuad Haji Ishak & Aminuddin Basir (2016). Tahap Pengetahuan Belia Mengenai Gerakan Syiah Melalui Pendidikan di Selangor, Jurnal Pengajian Islam, 9 (2): 49-76. Mohammad Manzoor Alam (1983). Role of the Muslim Youth in the Reconstruction of the Contemporary World. Delhi: Hindustan Publications. Muhammad Adil Fikri Mohd Hamizi (2023). Penggunaan Media Sosial Sebagai Media Baharu dan Impaknya Terhadap Masyarakat Malaysia. Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 15(1): 24–37. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15. sp.3.2023 Muhamad Faiz Ismail, Ab. Halim Tamuri & Kamarul Azmi Jasmi (2012). Pengaruh Elemen Islam Liberal Terhadap Aqidah Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan: Satu Tinjauan Awal. International Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education 2012, Saudi Arabia, 1-2 Jun 2012. Nurbazla Ismail, Anwar Fakhri Omar & Ammar Rushdi Jamaluddin, (2023). Perspektif Mufti Berkaitan Faktor Penerimaan dan Penolakan Fatwa di Malaysia, BITARA: International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 6 (4): 10-18. Nur Syahirah Syazwani Murad & Kamarul Azmi Jasmi, (2022). Isu Ajaran Sesat dalam Kalangan Umat Islam di Malaysia. Seminar Falsafah Sains dan Ketamadunan (SFST), 4(1) 2022: 433-438. https://www.researchgate.net/ publication/359453431_ Prosiding_Seminar_Falsafah_Sains_dan_Ketamadun_Bil_4_Jilid_1_2022_Tema_Nilai_dalam_Falsafah_Sains_dan_Tamadun (akses 30 Mei 2024). Nurul Ayu Bakar & Ahmad Yunus Mohd Noor (2015) Tahap Kefahaman dan Persepsi Masyarakat terhadap Global Ikhwan Sdn. Bhd. Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2015, Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM. Nurul Izzah Noor Zainan, Nurul Hidayah Awang @ Ab Rahman, Mohd Khairul Anuar Ismail, Nor Asmira Mat Jusoh, Zanirah Mustafa @ Busu & Zurkarnain Yusoff (2021). Impak Media Sosial Terhadap Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar: Satu Tinjauan Awal, Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities & Social Sciences (i-LEdHS2021) https://ir.uitm.edu.my/ id/eprint/45207/1/45207.pdf (akses pada 1 November 2023). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2017). Bayan Linnas, Seris 84: Valentine’s Day. https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1032-bayan-linnas-series-84 valentine-s-day (akses pada 30 Mei 2024). Sinar Harian, Syiah tidak boleh disebarkan walaupun secara tertutup: Harussani. 11 September 2019. https://www.sinarharian.com.my/article/47454/berita/nasional/ syiah-tidak-boleh-disebarkan-walaupun-secara-tertutup-harussani. (akses pada 30 Mei 2024). Sinar Harian, Falsafah ‘Ahmadi’ jelas bercanggah ajaran Islam - IKIM, 14 Mac 2024. https://www.sinarharian.com.my/article/654415/berita/semasa/falsafah-ahmadi-jelas-bercanggah-ajaran-islam---ikim (akses pada 30 Mei 2024). Siti Zubaidah Ismail (2010). Menangani Ajaran Sesat di Kalangan Umat Islam: Perspektif Undang-Undang dan Pentadbiran. Jurnal Syariah, 18 (2): 247-276. Utusan Borneo Online, Bendung Penyebaran Ajaran Sesat, 29 November 2016. https://www.utusanborneo.com.my/2016/11/29/bendung-penyebaran-ajaransesat (akses pada 30 Mei 2024). Yuni, F. (2021). Pemanfaatan Media Sosial Sebagai Media Penyajian Konten Edukasi Atau Pembelajaran Digital. Journal of Information System, Applied, Management, Accounting, and Research, 5(4): 1006-1013. Zainora Daud, Norsaleha Mohd. Salleh, Noorhafizah Mohd. Haridi & Ahmad Munawar bin Ismail (2016). Sikap Belia Terhadap Pemikiran Tidak Beragama, Al-Irsyad: Journal of I |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |