|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan bagi mengkaji pelestarian makanan warisan iaitu _Nasi Lemak_ sebagai salah satu hidangan ikonik rakyat di Malaysia. Secara tradisinya, _Nasi Lemak_ merupakan makanan tradisi yang dibungkus dengan daun pisang dan hanya disajikan bersama hirisan timun, ikan bilis, kacang goreng, telur rebus dan sambal. Oleh itu, kajian ini dikaji bagi memelihara makanan warisan daripada terus dilupakan oleh generasi muda disebabkan oleh variasi dan pengolahan makanan warisan. Olahan dan variasi makanan warisan ini menyebabkan hilangnya tradisi dan cita rasa asli _Nasi Lemak_ itu sendiri. "Nasi lahhh Mak" merupakan sebuah karya infografik yang diintegrasikan dengan pendekatan teknik ilustrasi 2D menggunakan Augmented Reality (AR) yang memberikan pengalaman visual kepada pengunjung. Infografik merujuk kepada representasi visual maklumat yang menggabungkan teks, grafik dan elemen visual yang mudah difahami. Penghasilan karya ini menggunakan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (Mayer, 2001). Tujuan karya ini dihasilkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang sejarah asal usul 'Nasi Lemak_ serta memelihara keunikan dan keaslian makanan warisan 'Nasi Lemak' melalui teknik ilustrasi 2D menggunakan Augmented Reality (AR). Perisian yang digunakan untuk menghasilkan karya ialah Adobe Illustrator 2024 dan aplikasi teknologi Artivive. Saiz karya yang dihasilkan adalah berukuran 3x4 kaki. Pengkaji ingin menjadikan infografik "Nasi Lahhh Mak" sebagai satu medium untuk menyebarkan maklumat secara ringkas dan padat kepada pengunjung. Justeru, diharapkan karya "Nasi Lahhh Mak" ini mampu dijadikan satu medium penyampaian informasi bagi memberikan kesedaran tentang keaslian, keunikan serta khasiat 'Nasi Lemak_. Di samping itu, pengkaji juga berharap karya "Nasi Lahhh Mak" ini dapat memberikan pengalaman Augmented Reality (AR) yang berkesan kepada pengunjung melalui penggunaan telefon pintar di dalam aplikasi Artivive hanya dengan sekali imbasan. |
| References |
Azizi Yahya. (2016), April 21). Teori Berkaitan dan Gaya Pembelajaran dan Kaedah Pembelajaran. 11. Retrieved from htttps://www.researchgate.net/publication/46480625_Teori_Berkaitan_Gaya_Pe mbelajaran_Dan_Kaedah_Pengajaran
Dan, P., Keberkesanan, P., Multimedia, K., & Pembelajaran, D. (2015). Retrieved from https://eprints.usm.my/30430/1/SRIADHI.pdf
Hadi Bin, A., Dawi M., & Pendidikan, J. (n.d.). PEMEROLEHAN PEMBELAJARAN BERMAKNA BERASASKAN TEORI KOGNITIF PEMBELAJARAN MULTIMEDIA. Retrived from hps://jurnalrite.weebly.com/uploads/1/3/3/6/13367227/drhadi teori_kognif_pembelajaran_mulmedia.pdf
Is The Malaysian Dish, Nasi Lemak, Really A Healthu And Balanced Meal? (2016, March 23). Retrieved from Juicing For Health website: https://juicing-for-health.com/is nasi-lemak-healthy-and-balanced-meal
Isa, N. S., & Mohd Imam Ma'arof N. N. (2018). Keberkesanan Penggunaan Grafik Berkomputer Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Reka Bentuk dan Teknologi. Sains Humanika. 10(3-3). https://doi.org/10.11113/sh.v10N3-3.1519
Jasmi, K. A. (2012, Januari). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif. Retrieved from ResearchGate website: https://www.researchgate.net/publication/293097563_Metodologi_Pengumpula n_Data_dalam_Penyelidikan_Kualitatif
Kama, N., Latif@bapoo, L., & Kama, F. (n.d.). KEARIFAN TEMPATAN DALAM EVOLUSI NASI LEMAK DI TANAH MELAYU. Retrieved from http;//irep.iium.edu.my/108496/1/COLLEGA2023%20Full%20Paper_DR%20NO NGLAKSANA%20KAMA.pdf
Md Yunus, M., Mohd Nasir, N., & Samsudin, N.H. (2019). Logo Hari Kebangsaan 2018: Analisis Teori Seni dan Aplikasi Komunikasi Visual (Malaysian National Day Logo 2018: An Analysis Based on the Theory of Arts and Visual Communication). Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(2), 176-194. https://doi.org/10.1756/jkmjc-2019-3502-11
Metode, P., Kualitatif, M., Bogdan, D., & Taylor. (n.d.). Retrieved from hps://repository.unika.ac.id/15151/4/12.40.0033%Anna%20Triprasidhani%20J uniasri%20-%20bab%20iii.pdf
Nur Amanina Idris. (2022). PELESTARIAN WARISAN MAKANAN TRADISIONAL MELAYU (pertama, p. 544). Blok A dan B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, 50050, Kuala Lumpur.: Jabatan Warisan Negara.
Sazan, D., Yuso. M. Z. N. M., & Karimon, J. (2023). Analisis Poster Iklan Nescafe Terpilih: Satu Penelian Komunikasi Visual. PENDETA, 14(2), 121-130. hps://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.2.10.2023
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |