UPSI Digital Repository (UDRep)

Eksplorasi metafora dalam isu kesepaduan sosial melalui catan 'Realisme'

AVAILABLE Final Year Project 263 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Eksplorasi metafora dalam isu kesepaduan sosial melalui catan 'Realisme'
Type
Final Year Project
Main Author
Amira Athirah Amri
Subject
N Fine Arts
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni,Kelestarian Industri Kreatif
Year of publication
2024
Degree Type
First Degree
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini meneliti eksplorasi terhadap metafora isu kesepaduan sosial melalui lukisan realisme, dengan laksa dijadiakan sebagai subjek utama. "Mangkuk Laksa Nusantara" merupakan lukisan minyak yang menggambarkan tujuh mangkuk laksa pelbagai warna yang disusun di atas tikar mengkuang. Setiap mangkuk mewakili negeri di Malaysia melalui penggunaan warna bendera negeri.Walaupun laksa dalam setiap mangkuk adalah sama, rasa dan penyediaannya berbeza, mencerminkan kepelbagaian budaya dan identiti masakan yang unik bagi setiap negara.Tikar mengkuang yang menjadi dasar mangkuk ini melambangkan prinsip tradisi dan warisan yang menyatukan kepelbagaian. Gabungan warna bendera negeri dan variasi laksa berfungsi sebagai metafora visual untuk kesepaduan sosial dalam konteks berbilang kaum dan budaya Malaysia. Ia menunjukkan bagaimana perbezaan kita boleh disatukan dalam satu pengalaman yang harmoni dan memuaskan. Karya ini mengangkat tema perpaduan dalam kepelbagaian, mengingatkan kita tentang kepentingan menerima dan menghargai keunikan setiap elemen dalam masyarakat kita. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa seni catan realisme dapat digunakan sebagai medium yang mampu untuk menyampaikan mesej sosial yang mendalam khususnya mengenai pentingnya penerimaan dan penghayatan kepelbagaian dalam mencapai kesepaduan sosial. Dengan demikian, karya ini dihasilkan adalah bertujuan memberi gambaran karya yang menggunakan metafora melalui catan iaitu memberi gambaran tentang isu kesepaduan sosial yang terdapat di Malaysia melalui hidangan pelbagai jenis laksa. Karya ini dihasilkan dengan menggunakan dua kanvas yang berukuran 2 kaki x 3 kaki untuk satu canvas dan dua kanvas itu dicantumkan menjadi satu karya.

References

Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum Persekolahan di Malaysia. (2018, May). https://www.researchgate.net/publication/325247620_Pemupukan_Kesepaduan_Sosial_Melalui_Kurikulum_Persekolahan_di_Malaysia 

 

Analisis jenis-jenis METAFORA DALAM Surat KABAR: Kajian SEMANTIK |  

 

Ray | Bahastra: Jurnal Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia. (2019).  https://jurnal.uisu.ac.id/index.php/Bahastra/article/view/3162 

 

Cream Crackers (2011). Joel Penkman artrworkblog. Diperolehi  https://joelpenkman.com/about 

 

Big burger (2015), Tjalf Sparnaay artworkblog Diperoleh https://www.tjalfsparnaay.nl/en/limitededitions/painting/Big-Burger 

 

Izzal Kahiril Ramli. (2023). METAFORA VISUAL REPRESENTASI  FENOMENA VIRAL DALAM KONTEKS FIGURA AWAM MENERUSI KARYA SENI CATAN [Doctoral dissertation]   https://ir-upsi-edu-    my.ezpustaka2.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9854&highlight=metafora%20seni 

 

HIDAYATULLAH BIN HAMZAH. (n.d.). Kajian Penggunaan Metafora Berkaitan Isu  Komentar Sosial Dalam Penghasilan Catan Gaya Pop Surealisme. Welcome to Digital Special Collection (UMK Repository) - Digital Special Collection (UMK Repository). https://discol.umk.edu.my/id/eprint/3917/1/HIDAYATULLAH%20HAMZAH.pdf 

 

Pendekatan Laura Chapman. (2023). Pdfcoffee.com. [PDF]. https://pdfcoffee.com/pendekatan-laura-chapman-pdf-free.html 

 

Pelzel, K. (2022). Theories of creativity are concepts, ideas, or models attributed to   inventing new value. Upskilling. Theories of creativity are concepts, ideas, or models | Upskilling (medium.com) 

 

Jamal, S. N. (2018). Teori Model dan Kreativiti [PDF]. Academia.edu. https://www.academia.edu/30520074/teori_model_dan_kreativiti_pdf 

 

Ivy Roberts. (2003). What is Painting? - Definition, Evolution & Major Artists.  https://study.com/academy/lesson/what-is-painting-definition- evolutionmajorartists.html John C. Van Dyke. (1919). College Histories of Art.New York: Longmans, Green, & Co.Apa Itu Catanblog. https://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/definisi-catan.html 

 

 

 

 

 

 

 

 


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.