|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Makalah ini membincangkan mengenai keterangan lisan sebagai sumber sejarah yang penting dalam meneliti sejarah konflik Melayu-Cina yang tercetus selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Umum mengetahui bahawa masyarakat Melayu terkenal dan kaya dengan peradaban serta tradisi lisan yang sudah sebati dan diwarisi sejak turun-temurun. Malaysia telah melewati evolusi sejarah bermula dengan penjajahan kuasa luar sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pelbagai dimensi baharu dan penting perlu digarap serta diteliti bagi mendapatkan penceritaan saksi proto dan maklumat yang sahih. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan kezaliman komunis telah menimbulkan impak keruncingan hubungan kaum di antara orang Melayu dan Cina. Hal yang demikian diterjemahkan dalam bentuk pergaduhan. Dalam usaha meneliti kesemua peristiwa tersebut, masih kedapatan ruang kosong yang boleh ditampung dengan penggunaan keterangan lisan. Penggunaan keterangan lisan memberikan cabaran yang tersendiri dalam mengenal pasti kesahihan sesuatu peristiwa. Kesemua dapatan kajian yang diperoleh perlu di banding silang dengan rekod dan data-data yang lebih berautoriti. Perbincangan artikel ini menggunakan pendekatan sejarah yang merujuk kepada sumber primer meliputi Rekod Pejabat Kolonial dan dokumen sekunder yang lain. Bagi mengisi ruang kosong dalam penulisan, wawancara bersama informan terpilih telah digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa keterangan lisan dan maklumat yang diperoleh dalam menghasilkan penulisan sejarah perlu dibanding silang dengan sumber lain bagi mengukuhkan dapatan serta menghasilkan penulisan yang lebih berautoriti.
Kata kunci: Pendudukan Jepun, saksi proto, komunis, banding silang, informan |
| References |
Wawancara dengan Abdul Rahman bin Uda Mohamad di Kampung Kubang Udang, Bekor, Kuala Kangsar, 20 November 2008. Wawancara dengan Abdullah bin Itam di No. 5, Jalan Besar, 36100, Bagan Datoh: Perak, 30 Januari 2016. Wawancara dengan Bintang binti Osman di Kampung Sungai Ular, Bagan Datoh, Perak, 29 Januari 2016. Wawancara dengan Cikgu Samad bin Haji Salleh di Hotel New York, Johor Bahru, 22 Mei 2016. Wawancara dengan Ibrahim bin Uda Mohd di Kampung Suak Petai, Manong, Perak, 21 November 2008. Wawancara dengan Karim bin Petah di Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, 23 November 2007. Wawancara dengan Kiah binti Umar di Kampung Tanjung Puteri, Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, 13 Disember 2007. Wawancara dengan Siti Patonah Muashot di Persatuan Sejarah Malaysia, Batu Pahat, Johor, 22 Oktober 2012. Wawancara dengan Tuan Haji Abd. Aziz bin Mohd Tasin di Cheroh, Raub, Pahang, 6 Februari 2010. Wawancara dengan Tuan Haji Abd. Ghani bin Bakri di No. 170, Jalan Teluk Rhu, Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor, 26 Mac 2016. Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Aziz bin Shaari di Kampung Kubang Udang, Bekor, Kuala Kangsar, Perak, 20 November 2008. Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Kadir bin Haji Bakri di Parit 8 B, Sungai Manik, Perak, 5 Jun 2008. Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Bakri di Felda Sungai Kemahal, Triang, Pahang, 8 November 2008. Wawancara dengan Tuan Haji Abdullah Halim bin Mohd Jana di Kampung Semat, Manong, Perak, 21 November 2008. Wawancara dengan Tuan Haji Ali Badron bin Haji Sabor di Surau Jalan Omar, Batu Pahat, Johor, 22 Oktober 2012. Wawancara dengan Tuan Haji Ali bin Haji Yusuf di Kampung Parit Maimun, Batu Pahat, Johor, 19 Mac 2009. Wawancara dengan Tuan Haji Baharuddin bin Haji Salleh di No. 13 A, Sungai Manik, Perak, 6 Jun 2008. Wawancara dengan Tuan Haji Daud bin Sadron di Kampung Separap, Mukim IV, Batu Pahat, Johor, 23 Oktober 2012. Wawancara dengan Tuan Haji Yahya bin Haji Abbas di Kampung Sungai Choh, Hulu Selangor, 18 Februari 2010. Wawancara dengan Tuan Haji Yusof bin Salleh di Johor Bahru, Johor, 8 Disember 2009/23 Oktober 2012. 1 Mohamed Ali Haniffa. 2017. Keterangan Lisan Sebagai Sumber Historiografi, Dewan Budaya, Januari, hlm. 52-52. 2 Lisa Yip Shukye. 2013. Pengantar Sejarah, Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd., hlm. 16. 3 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm. 22-23. 4 R. Suntharalingam. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn. Bhd., hlm. 129. 5 Halimi Ibrahim. 2022. Diari Seorang Kelana, Selangor: Perusahaan Tukang Buku KM. 6 Kenelm O.L. Burridge. 1951. ‘Racial Relations in Johore,’ Australian Journal of Politics and History, Vol. II, No. 2, May, hlm. 165. 7 Hairi Abdullah. 1973/4, 1974/5. ‘Kebangkitan dan Gerakan Tentera Selendang Merah Dalam Sejarah Daerah Muar dan Batu Pahat,’ JEBAT, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bil. 3/4, hlm. 9. 8 Cheah Boon Kheng. 1983. Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and after the Japanese Occupation of Malaya, 1941–1946, Singapore: Singapore University Press, hlm. 197. 9 Lihat Rozeman Abu Hassan. 2004. Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd. 10 “Melayu Terpedaya Kerana Tipu Daya British”, Fajar Asia, No. 7, 15 Gogatsu 2603, Tahun 1, hlm. 205. 11 Mohamed Ali. 2023. “Pendudukan Jepun dan Peranan Agamawan Dalam Membangkitkan Kesedaran Bangsa di Tanah Melayu”, Jurnal Perspektif, Jilid 15, Bil. 1, hlm. 2. 12 Paul H. Kratoska. 1997. The Japanese Occupation of Malaya 1941–1945, Honolulu: University of Hawai’I Press, hlm. 95. 13 Wawancara dengan Tuan Haji Abd. Ghani bin Bakri di No. 170, Jalan Teluk Rhu, Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor, 26 Mac 2016. 14 Wawancara dengan Bintang binti Osman di Kampung Sungai Ular, Bagan Datoh, Perak, 29 Januari 2016. 15 Wawancara dengan Karim bin Petah di Kampung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, 23 November 2007. 16 Wawancara dengan Tuan Haji Abd. Aziz bin Mohd Tasin di Cheroh, Raub, Pahang, 6 Februari 2010. 17 Wawancara dengan Kiah binti Umar di Kampung Tanjung Puteri, Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, 13 Disember 2007. 18 Wawancara dengan Abdullah bin Itam di No. 5, Jalan Besar, 36100, Bagan Datoh: Perak, 30 Januari 2016. 19 Mohd Isa Othman. 2000. Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors, Sdn. Bhd. hlm. 286. 20 PK. Sec. 2/46: Communal Disturbances. 21 J.J. Raj (JR). 2007 The Struggle for Malaysian Independence, Kuala Lumpur: MPH Group Publishing Sdn. Bhd, hlm. 58. Lihat juga wawancara dengan Tuan Haji Baharuddin bin Haji Salleh di No. 13 A, Sungai Manik, Perak, 6 Jun 2008. 22 Utusan Malaysia, 30 Mei 2009, hlm. 12 23 CO 273/675/12, hlm. 28. 24 WO 203/4491, hlm. 1. 25 Mohamed Ali Haniffa, Keterangan Lisan, hlm. 20. 26 Wawancara dengan Tuan Haji Daud bin Sadron di Kampung Separap, Mukim IV, Batu Pahat, Johor, 23 Oktober 2012. 27 Zaharah Nawawi. 1995. Panglima Salleh Selempang Merah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 95. 28 WO 203/5553 (1), Malaya-Communist Guerillas In North Malaya (TOP SECRET and PERSONAL). 29 Wawancara dengan Tuan Haji Yusof bin Salleh di Johor Bahru, Johor, 8 Disember 2009/23 Oktober 2012. Lihat juga wawancara dengan Siti Patonah Muashot di Persatuan Sejarah Malaysia, Batu Pahat, Johor, 22 Oktober 2012. 30 Wawancara dengan Cikgu Samad bin Haji Salleh di Hotel New York, Johor Bahru, 22 Mei 2016. 31 Wawancara dengan Tuan Haji Ali bin Haji Yusuf di Kampung Parit Maimun, Batu Pahat, Johor, 19 Mac 2009. 32 CO 537/1583 (11), Defence Security Officer (Malayan Union) kepada H.E., The Governor, Malayan Union (SECRET), Sabilillah and “Invulnerebility”, 7 Oktober 1946 33 Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Bakri di Felda Sungai Kemahal, Triang, Pahang, 8 November 2008 dan wawancara dengan Tuan Haji Yahya bin Haji Abbas di Kampung Sungai Choh, Hulu Selangor, 18 Februari 2010. 34 WO 172/9773 (161), SECRET, War Diary Of, H.Q. Malaya Command, Intelligence Summary No. 14, Based on Information Received Up To 2 February 1946. 35 Siti Patonah Muashot. 2006. Penghulu, Panglima, Kiayi Salleh bin Abd. Karim, dalam Johor Mengenang Sumbangsihmu, editor, Abu Bakar A. Hamid, Md. Ismail Zamzam, Kamdi Kamil, Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor, hlm. 123. 36 WO 172/9773 (600), SECRET, War Diary Of, H.Q. Malaya Command, Weekly Intelligence Review, No. 31, Week Ending 11 Jun 1946. 37 WO 172/9773 (1), Weekly Intelligence Review, No. 31, “Che Salleh and His Red Bands”, 11 June 1946. 38 Buyong Adil. 1972. Sejarah Perak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 3. Lihat juga wawancara dengan Abdul Rahman bin Uda Mohamad di Kampung Kubang Udang, Bekor, Kuala Kangsar, 20 November 2008. 39 Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Aziz bin Shaari di Kampung Kubang Udang, Bekor, Kuala Kangsar, Perak, 20 November 2008. 40 Victor Purcell. 1956. The Chinese In Modern Malaya, Singapore: Donald Moore, hlm. 222–234. 41 Wawancara dengan Tuan Haji Abdullah Halim bin Mohd Jana di Kampung Semat, Manong, Perak, 21 November 2008. 42 Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Aziz bin Shaari. Lihat juga wawancara dengan Tuan Haji Abdul Kadir bin Haji Bakri di Parit 8 B, Sungai Manik, Perak, 5 Jun 2008. 43 Chin Kee Onn. 1946. Malaya Upside Down, Singapore: Jitts & Co., hlm. 113. 44 WO 203/5302, Malaya’s Political Climate III, Period October 19th to November 9th 1945, (TOP SECRET), hlm. 2. 45 WO 172/1797, War Diary, HQ Malaya Command kepada SACSEA ALFSEA, ISUM NO. 59, hlm. 441. Lihat juga wawancara dengan Abdul Rahman bin Uda Mohamad. 46 Majlis, 17 Februari 1947. 47 CO 537/1583, Defence Security Officer (Malayan Union) kepada H.E. The Governor, Malayan Union, 7 Oktober 1946 (SECRET), hlm. 11. 48 WO 172/9773, SECRET, War Diary Of, H.Q. Malaya Command, Message Form From Hq Malaya Command To ALFSEA, Date Too 22/610, hlm. 688. Lihat juga wawancara dengan Ibrahim bin Uda Mohd di Kampung Suak Petai, Manong, Perak, 21 November 2008. 49 CO 537/1583, Defence Security Officer (Malayan Union) kepada H.E., The Governor, Malayan Union (SECRET), Sabilillah and “Invulnerebility”, 7 Oktober 1946, hlm. 11. 50 WO 172/9773, SECRET, War Diary Of, H.Q. Malaya Command, Intelligence Summary No. 14, Based On Information Received Up To 2 February 1946, hlm. 161. 51 WO 172/9773, SECRET, War Diary Of, H.Q. Malaya Command, Intelligence Summary No. 14, Based On Information Received Up To 2 February 1946, hlm. 161. Lihat juga CO 537/1583, Defence Security Officer (Malayan Union) kepada H.E. The Governor, Malayan Union (SECRET), Sabilillah and “Invulnerebility”, 7 Oktober 1946, hlm. 11. 52 Mingguan Malaysia, 25 Disember 2011. 53 CO 537/1583, Defence Security Officer (Malayan Union) kepada H.E., The Governor, Malayan Union (SECRET), Sabilillah and “Invulnerebility”, 7 Oktober 1946, hlm. 11. 54 WO 172/1796, War Diary, 2 January 1946, hlm. 428. 55 WO 203/2660, Malaya Command Of Sitreps Up To 1700 Hrs 2 Jan 46 (SECRET), hlm. 49. 56 BMA Secretariat PR/3/2-Part III, Kin Kwok Daily News, 8 Mac 1946, hlm. 14. 57 Wawancara dengan Tuan Haji Abdul Aziz bin Shaari. 58 WO 172/9773, SECRET, War Diary Of, H.Q. Malaya Command, Weekly Intelligence Review, No. 19, Week Ending 9 March 1946, hlm. 234. 59 WO 172/9773, SECRET, War Diary Of, H.Q. Malaya Command, 1946, Message Form From Hq Malaya Command To SACSEA , ALFSEA, DTO0 07, hlm. 281. 60 CO 537/1580 (17-18), H. R. Hone kepada Consul-General, Consulate-General of The Republic of China, Singapore, 8 Mac 1946, hlm. 17-18. Lihat juga wawancara dengan Abdul Rahman bin Uda Mohd. 61 Utusan Melayu, 12 Mac 1946. 62 Wawancara dengan Abdul Rahman bin Uda Mohd. 63 Majlis, 5 Mac 1947. 64 Majlis, 24 Februari 1947. 65 WO 172/9773, SECRET, War Diary Of, H.Q. Malaya Command, Weekly Intelligence Review, No. 21, Week Ending 23 March 1946, hlm. 252. 66 WO 172/9773, SECRET, War Diary Of, H.Q. Malaya Command, 1946, Message Form From Hq Malaya Command To SACSEA , ALFSEA, DTOO 11/745 GH, hlm. 286. 67 WO 172/9773, SECRET, War Diary Of, H.Q. Malaya Command, 1946, Message Form From Hq Malaya Command To SACSEA , ALFSEA, DTO0 07, hlm. 281. 68 CO 537/1580, Cypher Telegram From Headquarters, B.M.A. (M) To 3, Of S., Colonies, 7 Mac 1946, hlm. 21. 69 BMA PR/3/6/(S), Daily Press Summary-K.L. Vernacular Press, 13 Mac 1946, hlm. 38A. 70 Syed Ismail Syed Mustapa, etl. Sejarah Lisan dan Pendokumentasian, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd. hlm. 170. 71 Ibid., hlm. 87. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |