PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2020
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kesusasteraan Tamil menunjukkan kearifan pengetahuan masyarakat Tamil dalam pelbagai bidang termasuk bidang sains. Kearifan pengetahuan sains masyarakat Tamil terserlah didalam peribahasa Tamil yang juga satu komponen penting dalam kesusasteraan Tamil. Namun, kajian-kajian lepas menunjukkan pengetahuan tentang peribahasa Tamil ini sangat tipis dalam kalangan generasi muda. Kebanyakan kajian peribahasa Tamil adalah lebih tertumpu kepada bentuk, maksud tersirat, unsur budaya dan penggunaan peribahasa dalam kesusasteraan klasik Tamil lama. Manakala, kajian terhadap peribahasa Tamil dari perspektif sains amat kurang. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti peribahasa Tamil yang mengandungi unsur sains dan mentafsirkannya dari segi penggunaan perkataan dan maknanya. Kajian ini juga dijalankan untuk mengupas kearifan pengetahuan sains masyarakat Tamil berdasarkan peribahasa yang dikaji. Peribahasa-peribahasa Tamil yang berkaitan dengan fakta sains dikumpul kemudiannya dianalisis berdasarkan kaedah analisis dokumen. Kajian ini juga menggunakan Teori Hermeneutik untuk memahami dan mentafsir makna peribahasa Tamil dengan lebih terperinci. Data-data yang dikumpul dikelaskan kepada dua kategori utama iaitu bidang zoologi dan sains pertanian. Kesimpulannya, hasil penelitian terhadap peribahasa Tamil mendapati bahawa peribahasa Tamil bukan sahaja mempunyai nilai moral dan ajaran yang berasaskan budaya malahan mengandungi maklumat yang berasaskan zoologi dan sains pertanian. Hasil kajian ini, diharapkan dapat membuka minda generasi muda masyarakat Tamil untuk menjiwai peribahasa Tamil dari sudut sains dan menghargai kearifan masyarakat Tamil yang telah menyelitkan fakta-fakta zoologi dan sains pertanian dalam peribahasa Tamil.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.