|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan mengkaji sariyai thondu Nayanmaar dalam teks Periya Puranam dan badan bukan kerajaan masyarakat India di Port Dickson. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif yang berfokus kepada kaedah perpustakaan yang bersifat interpretasi kesusasteraan. Memandangkan teks Periya Puranam iaitu sumber rujukan utama kajian ini adalah satu-satunya karya Kesusasteraan Pertengahan yang menekankan sariyai thondu, maka pemahaman dan tafsiran puisi-puisi klasik dilaksanakan melalui pendekatan hermenutik. Pendekatan ini juga membantu mengenal pasti sariyai thondu yang diamalkan oleh Nayanmaar dalam teks Periya Puranam. Selain itu, instrumen kajian berbentuk temu bual digunakan dalam memperoleh data daripada pengerusi dan setiausaha tiga badan bukan kerajaan masyarakat India yang memberi sumbangan berbentuk kebendaan dan fizikal kepada kaum India di sekitar kawasan Port Dickson iaitu Persatuan Hindu Sangam Port Dickson, Pertubuhan Pembangunan Sosial Port Dickson dan Pertubuhan Keluarga Bahagia Berinovatif Port Dickson. Analisis teks Periya Puranam menyatakan seramai 47 orang Nayanmaar berpegang teguh dalam prinsip dan pegangan hidup dalam melakukan sariyai thondu seperti menyedekah makanan dan mendermakan barang-barang kepada para pengikut Tuhan, membuat amalan kebajikan di kuil serta memberi khidmat fizikal kepada para pengikut Tuhan. Justeru, hasil temu bual mendapati bahawa badan bukan kerajaan masyarakat India Port Dickson yang tersebut di atas juga mengikut jejak langkah Nayanmaar dalam memberikan khidmat seperti menghulurkan bantuan makanan, barang-barang keperluan, menyediakan kemudahan pendidikan dan tempat tinggal kepada masyarakat setempat. Namun, terdapat juga perbezaan dari segi sariyai thondu yang dilakukan oleh Nayanmaar dalam teks Periya Puranam yang mana ketiga-tiga badan bukan kerajaan ini juga memberikan latihan kemahiran perindustrian dan menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian dan perkilangan. Kesimpulannya, Analisis teks dan hasil temu bual kajian ini menunjukkan sariyai thondu yang dilakukan oleh Nayanmaar dalam teks Periya Puranam dan tiga badan bukan kerajaan masyarakat India Port Dickson membantu memenuhi keperluan para pengikut Tuhan dan penduduk setempat. Implikasi kajian ini dapat menyedarkan kepentingan dan meningkatkan sariyai thondu badan bukan kerajaan masyarakat India demi menjamin masa depan anak bangsa. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |