UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Tan Thean Seng
Title :Kemahiran menulis karangan bahasa melayu di kalangan pelajar kelas peralihan: kelemahan dan cara mengatasinya
Hits :18
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2004
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini merupakan kajian tinjauan untuk mengenal pasti aspek-aspek kelemahan yang dilakukan oleh pelajar Kelas Peralihan ketika menulis karangan jenis gambaran. Sebanyak 120 orang pelajar Cina Kelas Peralihan telah dipilih untuk menjadi sampel kajian. Mereka terdiri daripada 40 orang pelajar dari SMJK Sam Tet, Ipoh, dan 80 orang pelajar dari SMJK Poi Lam, Ipoh.Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur tahap kebolehan pelajar dalam penulisan karangan jenis gambaran secara keseluruhan, dari segi penyampaian isi dan dari segi penguasaan bahasa. Di samping itu, pengkaji juga ingin mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar lemah dalam penguasaan kemahiran menulis, meninjau sejauh manakah aktiviti membaca, mengikuti siaran media elektronik berbahasa Melayu, dan gred keputusan penulisan karangan yang lalu mempengaruhi tahap kebolehan pelajar dalam penulisan karangan.Untuk tujuan itu, semua sampel kajian telah diminta menulis sebuah karangan jenis gambaran dan mengisi borang soal selidik pelajar yang disediakan oleh pengkaji. Data karangan dan maklumat soal selidik itu kemudiannya dianalisis dan ditafsirkan untuk menjawab soalan kajian.Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa pelajar lemah dalam penulisan karangan. Hal ini demikian kerana markah purata sampel kajian bagi kebolehan secara keseluruhan adalah sebanyak 21.33%, manakala kebolehan dari segi penyampaian isi ialah 21.17%, dan kebolehan dari segi penguasaan bahasa ialah 19.33%. Kesemuanya berada dalam tahap lemah kecuali aspek penguasaan bahasa yang berada pada tahap sangat lemah.Beberapa aspek kelemahan yang dilakukan oleh sampel kajian telah dikenal pasti, iaitu kelemahan bahasa, kelemahan teknik mengarang, kelemahan isi, dan kelemahan dalam tulisan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pendedahan pelajar terhadap bahan bacaan dan media elektronik berbahasa Melayu dapat membantu mereka menghasilkan karangan pada tahap yang lebih baik berbanding pelajar yang kurang diberi pendedahan terhadap bacaan berbahasa Melayu.Pada akhir kajian, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi kelemahan dalam kemahiran menulis karangan dalam kalangan pelajar Cina Kelas Peralihan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.